Rabu, 18 Julai 2012
Anak Haram Khir Kantoi
Orang kuat Ketua Menteri Pulau Pinang, Anak haram Khir dibidas kerana sanggup mengelirukan rakyat semata-mata mahu mempertahankan bosnya, Lim Guan Eng berhubung pembinaan 3,806 buah rumah kos rendah oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Ketua Pemuda UMNO negeri, Shaik Hussein Mydin berkata, meskipun ia didakwa dibina selepas pembangkang mengambil-alih negeri ini pada 2008, pelan kebenaran merancang untuk rumah tersebut telah diluluskan semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu.
"Bilakah pelan kebenaran merancang diluluskan untuk kesemua 3,806 unit tersebut? Bukankah kebanyakannya diluluskan sebelum Mac 2008 yang bermaksud ia telah diusahakan oleh kerajaan BN dan bukannya kerajaan DAP seperti yang didakwa?
"Diharapkan anak haram berhenti berbohong kepada rakyat dengan bermain angka untuk mempertahankan bosnya.
"Saya minta dia memperjelaskan semua dokumen pelan kebenaran merancang untuk pembinaan rumah kos rendah dan sederhana rendah bagi membuktikan bahawa dia tidak berbohong," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.