|
Dr Zambry menyampai cenderahati dari PDRM |
|
Dr Zambry disambut oleh rakyat |
|
Rumah transit untuk setinggan KTMB |
|
Penyampaian kunci, penghuni hanya bayar bil utiliti sahaja |
|
Ini bukan hak milik kekal |
|
Ketua Polis Perak berbual dengan Dr Zambry |
|
Menyaksikan gimik pelancaran pencegahan jenayah |
|
Pengunjung Pasar Minggu tidak melepas peluang untuk melihat kempen pencegahan jenayah oleh PDRM |
|
Gimik Cinta Lelaki Afrika |
|
Terhibur dengan persembahan PDRM |
|
Wanita berusia mudah ditipu oleh lelaki Afrika |
|
Mengumumam Peruntukan RM1.5 Juta untuk Pasar Minggu Kamunting |
|
KPJ memberi khidmat masyarakat |
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi menaik taraf Pusat Penjaja Kamunting di sini, yang menempatkan seramai 80 peniaga.
Beliau membuat pengumuman tersebut semasa mengadakan program turun padang dan menghadiri Kempen Pencegahan Jenayah di situ bersama Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan.
Turut serta dalam lawatan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Datuk Mohamad Zahid Abdul Khalid; Ketua UMNO Bahagian Taiping, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.
Menurut Zambry, peruntukan itu diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas permohonan dibuat oleh Ahmad Shalimin.
"Tahniah kepada Ketua UMNO Bahagian Taiping sebab membawa perkara tersebut kepada Muhyiddin. Ia akan menyelesaikan masalah dan menjadikan Pusat Penjaja Kamunting lebih cantik," katanya ketika ditemui pemberita selepas program tersebut.
Zambry berkata, Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan memulakan kerja-kerja menaik taraf pasar tersebut selepas penilaian dilakukan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.
"Kita jangka ia akan dimulakan secepat mungkin dan siap dalam tempoh setahun. Ia melibatkan kerja menaik taraf dan membaik pulih Pusat Penjaja Kamunting," kata beliau lagi.
Terdahulu, semasa berucap pada Kempen Pencegahan Jenayah, Zambry menyifatkan penganjuran program itu dapat menyalurkan maklumat serta menyedarkan masyarakat mengenai tanggungjawab pasukan polis.
Katanya, polis memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan keamanan di seluruh negara.
"Kita tengok ada orang salahkan polis sahaja. Jangan bermusuh dengan polis. Bayangkan apa akan berlaku kalau polis tidak jaga lalu-lintas pada waktu puncak," katanya.