Sabtu, 14 Julai 2012

Shafie Apdal Rasmi Persidangan Umno Taiping



Umno Taiping hari ini mencatat sejarah sebagai bahagian Umno yang pertama mengadakan persidangan perwakilan untuk tahun 2012. Tahniah kepada pucuk pimpinan Umno Taiping.

Umno di bawah kepimpinan Dato Seri Najib hari ini sudah masuk tahun 4 dan jelas ia telah membawa banyak perubahan melalui tranformasi yang digagaskan oleh beliau.

Sebagai contoh England sebuah kuasa besar yang diperintah oleh Parti Konsevertif paling lama di dunia juga melakukan banyak perubahan dan tranformasi sesuai dengan peredaran zaman.

Pembangkang kini menggunakan modal murahan dan menyamakan Umno seperti parti LDP yang perlu dikalahkan oleh parti baru dalam PRU 13. Senario politik di Jepun tidak sama dengan senario politik di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan agama.

Sebagai menteri orang kampung Dato Shafie telah menjelajah hampir 25 ribu buah kampung untuk mendengar merasa denyut nadi rakyat. Perak adalah sebahagian daripada negeri yang kerap dikunjungi selain dari Kedah yang beliau menjadi Pengerusi Perhubungan negeri. Dalam tempoh hampir 27 tahun berpolitik beliau sudah berkhidmat dengan 7 kementerian beliau cukup masak dengan politik.

Untuk kekal releven kita mestilah mempunyai semangat juang yang kental, setia kepada parti bukan hanya sewaktu menyanyikan lagu sahaja, tetapi setia kepada perjuangan parti. Kita harus sentiasa berubah jika tidak kita akan diubah.

Kita tidak mahu lihat apabila nama kita tidak dicalonkan atau tidak mendapat projek atau gagal dalam perjuangan untuk menunjulkan diri maka kita beralih sokongan kepada pihak lain.

Hari ini Melayu berpecah belah, ada pihak yang menolak perpaduan seperti yang dianjurkan dalam agama Islam. Terkini kita dikejutkan dengan perceraian kerana pasangan berlainan parti.

Sebagai menteri orang kampung beliau telah berjaya menyediakan keperluan asas seperti air, elektrik dan jalan kampung kepada hampir 98 peratus kampung seluruh Negara termasuk sabah dan Sarawak.

Umno dan parti komponen banyak berjasa kepada rakyat. Hari ini jika anak orang Pas bergelar Phd, doktor, guru, peguam dan lain-lain ialah adalah kerana jasa Umno.

Kelmarin semasa merasmikan program RTC desa di Sungai Seputeh Selama kita dapat lihat orang Pas pun dapat naik bendera Pas ditiang-tiang elektrik yang diusahakan oleh Umno. Jambatan yang kerajaan buat pun mereka pasang penuh dengan bendera mereka. Nak harapkan Pas buat , 20 tahun Kelantan diperintah Pas berapa jambatan mereka buat?

70 % peruntukan pembangunan ke negeri Kelantan adalah datangnya dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Dahulu kerajaan sebelum Najib kita disarankan supaya membina 700 kilometer jalan raya dalam tempoh 5 tahun. Kini dibawah Najib beliau mahukan 3000 kilometer jalanraya dibina dalam tempoh 3 tahun. Inilah tranformasi yang digagaskan oleh beliau.

50 ribu unit rumah untuk rakyat miskin dan Perak mendapat RM 1.5 billion untuk tujuan ini. Melalui RTC kita merancang pelbagai kegiatan ekonomi agar ia dapat member peluang kepada pemuda agar tidak perlu bertumpu ke Bandar-bandar besar untuk mencari pekerjaan.

Di Selama kita pilih sebagai Mini RTC agar ia dapat menjadi pemangkin kepada negeri-negeri di sebelah utara.

Seterusnya beliau mengupas tentang pemberian pemberian BR1M yang melibatkan hamper RM 2billio, ia diberi kepada rakyat yang layak tanpa mengira latar belakang parti. Bukan macam Pas semasa memberi bantuan sewaktu Kedah dilanda banjir. Mereka beri bantuan hanya kepada pengundi Pas dan sanggup merampas kembali bantuan jika mereka tahu orang itu tidak menyokong mereka.

KAR1SMA, baucer buku RM 200 untuk pelajar IPT, bantuan RM 100 kepada pelajar sekolah, Komputer 1 Malaysia, Program bantuan Tayar untuk teksi, TUKAR (kedai runcit) dan terbaru kedai kain 1 Malaysia. Semua ini adalah kehendak rakyat, kerajaan berusaha untuk meringankan beban rakyat dengan pelbagai usaha yang dilihat sangat Berjaya.

Akhir sekali dengan lafaz bismilah YB Dato Seri Haji Shafie bin Hj Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Naib Presiden Umno Malaysia merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Umno Bahagian Taiping buat kali ke 24 di Dewan Perbandaran Taiping.