Sabtu, 14 Julai 2012

Pegawai SPRM yang menyiasat lombong emas haram diserang

70 samseng menyerang pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika bertugas di Perasu, Gua Musang, Kelantan dua hari lepas menggambarkan seolah-olah negeri itu tidak mempunyai undang-undang. Apa sudah jadi dengan negeri yang menyatakan mereka Islam?