Khamis, 26 Julai 2012

Husam Musa : Berapa peratus dah siap lebuh raya rakyat?

Toll sudah kutip
Jalan ini pun tak terurus dan buruk ada hati nak buat lebuh raya
Nampak sangat tak bersedia, orang zaman ini guna LCD bukan paksa kerani pegang peta.
 
Telah dua bulan berlalu sejak majlis pecah tanah pelancaran Lebuh raya Rakyat dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012 lepas.

Ramai yang mengharapkannya menjadi kenyataan walau sebenarnya lebih ramai yang tersenyum sinis tiap kali melihat Husam Musa dan Nik Aziz bersemangat membicara kan perihal lebuh raya tersebut.


Sehingga kini sebahagian besar rakyat Kelantan kerap tertanya-tanya sesama sendiri, benarkah lebuh raya tersebut akan dapat direalisasikan atau sekadar mengulangi sejarah batu asas Jambatan Palekbang?


Tambahan pula semasa projek Lebuh raya Rakyat yang dikatakan bernilai RM 1.8 bilion ini dilancarkan pada 28 Mei 2012, ianya belum pun mendapat kelulusan Mesyuarat Exco Negeri.
Ibarat perumpamaan Melayu, bertelur sebiji riuh sekampung, yang ini belum bertelur dan riuh saentero dunia. 
Contohi lah Melaka, beratus kilometer lebuh raya di bina, tak riuh pun, tahu-tahu siap saja.