Khamis, 23 Ogos 2012
Anwar Ibrahim punca harga kereta dan cukai jalan tinggi
Semasa Anwar menjadi menteri kewangan dahulu beliau adalah orang yang bertanggung jawab menaikkan harga kereta dan juga cukai jalan.
Ketika itu Anwar mengenakan syarat pembiayaan bank hanya setakat 5 tahun sahaja dan faedah yang dikenakan hampir mencecah 10% setahun. Wang pendahuluan untuk memiliki sebuah kereta ialah 30 % dan pihak bank hanya membiayai setakat 70% sahaja.
Anwar juga mengenakan cukai 300% kepada kenderaan mewah yang diimport dari luar negara [CBU].
Anwar juga lah orang yang bertanggung jawab menaikkan cukai jalan kereta dan cukai jalan motosikal berkuasa besar/tinggi kononnya pemilik motosikal besar adalah mereka dari golongan mampu dan kaya.
Hari ini dia pula yang bertempik kononnya harga kereta di negara ini lebih mahal dari negara-negara lain. Siapa punya angkara kalau bukan Anwar Ibrahim.