Isnin, 6 Ogos 2012
Iftar: Dewan Surau Lorong 8 Kg Expo
Dahulu dewan ini digunakan sebagai Tadika Kemas, tetapi selepas pembangkang menang, tadika ini ditutup dan kemudian selepas 11 bulan memerintah, Allah menarik balik kuasa yang diberikan kepada Nizar Jamaluddin.
Dewan ini juga turut bebas daripada cengkaman kerajaan zalim. Akhirnya dewan ini dijadikan surau untuk penduduk Kg Expo yang tak tahan telinga apabila pergi berjemaah di Masjid Kpg Expo.
Apa tidaknya setiap malam setiap bulan dan setiap tahun masjid tersebut dijadikan gelanggang politik oleh Pas untuk kepentingan politik sempit mereka.
Kini musim solat terawikh. Setiap malam seorang penceramah akan dijemput untuk berpolitik sewaktu tazkirah selepas 4 rakaat. Kuliah subuh pun sama, kalau tak hentam dan maki hamun pemerintah ada yang tak kena pada penceramah tersebut.
Orang yang tidak pro Pas dipandang sinis jika ke masjid, dan ada kes kenderaan jemaah dirosakkan hanya kerana dia tidak menyokong Pas.
Hari ini dewan yang dijadikan surau ini bebas dari ceramah politik, satu ketika dahulu, seorang imam Pas yang kuat memecah belahkan anak kairiah telah melabelkan kafir kepada orang yang berjemaah di dewan ini.