Rabu, 22 Ogos 2012

Mufti Kedah buat Pas ketar lutut

Mufti Kedah sudah bersuara, Majlis Ulama Pas Kedah tak bunyi apa lagi, takut nak bersuara atau membisu takut kena tibai oleh bapa benggali sekali lagi.

Ulamak Pas Pusat dan Mat Sabu semestinya kunci mulut, nak cakap apa lagi, kalau cakap duit dari parti bintang 3 tak masyukkkk. Kalau tak masyukkkkk macam mana nak berkempen politik. 

Anwar dapat duit dari Erap (Estrada bekan presiden Filipina) Anwar juga dapat duit dari Soros pihak masonic barat. sebahagian duit yang masyuk akan pergi ke poket Pas,  bukan sahaja Pas yang dapat duit tu tetapi ABIM pun pernah terima dana CIA sejak zaman berzaman lagi, sebab tu lah anak muda jangan megah apabila menjadi ahli Abim, orang lama dalam Abim dah tahu lama dah sejarah Anwar dan Abim. Yang masih kekal dalam Abim ialah mereka yang menyokong Al-Jub.

Mufi Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad kata, Karpal Sink harus menghentikan segala kritikan yang berkaitan dengan agama Islam.
Tindakan Karpal menentang pelaksanaan hukum hudud dilihat tidak menghormati sensitiviti umat Islam.
“Karpal perlu menghentikan segala kritikan dan tohmahan yang dilemparkan selama ini kerana telah mencetuskan kekeliruan pelbagai pihak.
“Dalam situasi ini, Karpal harus menghormati sensitiviti semua agama terutama agama Islam berikutan Islam adalah agama rasmi di Malaysia,” katanya.
Muhamad Baderudin berkata, Raja-raja Melayu juga merupakan seorang yang beragama Islam dan oleh demikian, tidak wajar bagi Karpal berbuat demikian.
“Karpal harus menghormati agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia,” katanya.

Satu lagi ialah Mahfuz Omar, apa komen dia terhadap mufti Kedah?