Ahad, 12 Ogos 2012
Najib Tun Razak pemimpin mujadid
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah seorang pemimpin yang berani kerana tampil melaksanakan pembaharuan yakni islah bagi memastikan syiar Islam dan perjuangan parti keramat UMNO dapat terus ditegakkan dan dipertahankan buat selama-lamanya di negara ini.
Bekas pemimpin PAS, Ustaz Ahmad Najib, berkata jika pembaharuan tidak dilaksanakan, agama Islam dan UMNO akan tumbang dan terkubur di bumi Malaysia ini.
“Perdana Menteri tampil dengan semangat pembaharuan kerana beliau seorang pemimpin yang berani.
“Bagi saya, beliau seorang pemimpin mujaddid yang berjaya memperbaharui urusan agama serta menjaga dan mengangkat martabat Islam di negara ini,” katanya pada sesi takzirah sempena program Majlis Berbuka Puasa anjuran Mykmu di Kuala Lumpur, petang Sabtu.
Ustaz Ahmad menjelaskan, berbeza dengan UMNO, parti PAS sebaliknya hanya bertopengkan agama dan nama Islam dalam menghalalkan perjuangan mereka bagi meraih kuasa menuju ke Putrajaya.
Menyelewengkan fakta Al Quran untuk menghalalkan tindakan PAS dan tambah memburukkan keadaan apabila ulamanya diam membisu dan langsung tidak membetulkan ahlinya kembali ke jalan yang benar dan diredhai Allah.
Beliau berkata, adalah menjadi jihad bagi umat Islam termasuklah penulis maya untuk mempertahankan agama Islam daripada terus dipermain-mainkan oleh PAS.
Sebagai contoh, syariat Islam katanya, mengajak umatnya berkasih sayang sesama kita dan bertegas dengan musuh Allah, yakni orang bukan Islam.
Apa yang berlaku hari ini, pemimpin PAS dan penyokongnya memaki-hamun UMNO yang mana ahlinya Melayu yang beragama Islam tetapi sanggup bersekongkol dan bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk kepentingan mereka.
Sebelum menyertai UMNO pada 1990, beliau katanya, turut percaya dengan dakyah PAS yang menyalahkan UMNO dalam peristiwa Memali yang membabitkan perjuangan Allahyarham Ibrahim Libya yang didakwa PAS sebagai mati syahid.
Tetapi, hari ini PAS hanya membiarkan keluarga Allahyarham, sekaligus membuktikan mereka ini petualang yang menghina jemaah Islam dan PAS itu sendiri.
Tambah Ustaz Ahmad lagi, pemimpin PAS seperti mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meroyan, gila talak dan memberontak kerana kehilangan kuasa sebagai pemimpin yang menunjukkan beliau tidak yakin dengan qadak dan qadar yang ditetapkan Allah SWT.
Walaupun PAS menyatakan perjuangannya adalah menegakkan agama Allah, namun hakikatnya ia sebaliknya kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini, parti itu sanggup bersekongkol dengan golongan musyrikin tanpa menghiraukan pegangan agama, maruah serta harga diri mereka.
PAS nampaknya mahu mengangkat martabat agama bangsa lain lebih tinggi daripada Islam, katanya.
Ulasnya lagi, perjuangan PAS kini semakin jadi cerca-merba dan di mana-mana sahaja, mereka kini terkapai-kapai dan jika dulunya memperjuangkan Islam tetapi kini lebih menjurus kepada perjuangan mendapatkan kerusi ke Putrajaya dengan bekerjasama dengan Lim Guan Eng.
Beliau berkata, perjuangan UMNO yang ikhlas dalam menegakkan syiar Islam akan dibantu dan dipelihara oleh Allah SWT. SUMBER