Khamis, 9 Ogos 2012

Pas melucah di dalam Surau...memalukan

Panas!!! Pembongkaran Blog Rasmi Surau Al Ikhwan Siarkan Artikel Lucah!!! @dzainalabidin



Beristighfar panjang PM apabila terbaca sahaja entri terbaru yang dikeluarkan oleh Surau Al- Ikhwan yang dinaungi oleh ADUN Sungai Bakap dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ustaz Mokhtar Shafie.

Manakan tidak, sebaik sahaja PM layari blog yang PM sangkakan diisi penuh dengan info keagamaan, entri pertama yang terpampang bertajuk MENIKMATI KELAZATAN HIDANGAN PENIS mengganggu konsentrasi PM. (KLIK SINI UNTUK MEMBACA ENTRI BLOG TERSEBUT YANG PM MAKSUDKAN)

Adakah makanan berunsurkan kelucahan melampau seperti itu adalah sebahagian promosi berbuka puasa anjuran Surau Al Ikhwan berkenaan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini?




Berdasarkan header yang dipamerkan, PM dapati surau berkenaan dipengerusikan oleh seorang individu berideologi Pakatan Rakyat yang dikenali sebagai Ustaz An-Nur.

Kewajaran telahan PM sebelumnya bahawa Pengerusi surau tersebut adalah berideologi Pakatan Rakyat dikuatkan lagi dengan pautan ke blog Adun Sungai Bakap, Ustaz Mokhtar Bin Shafie pada penjuru atas sebelah kanan blog tersebut.



Seharusnya, bersempena bulan Ramadhan yang mulia dan status blog tersebut yang mewakili Surau Al Ikhwan tempat untuk beribadah, admin kepada blog tersebut sedar bahawa entri seperti ini bisa menimbulkan pandangan yang kurang enak dikalangan umat Islam setempat.

Melalui entri seperti ini, ia menerangkan dengan jelas bahawa sensitiviti agama sememangnya langsung tidak diambil peduli oleh Pakatan Rakyat.

Terlintas di fikiran PM, adakah individu yang mempunyai naluri kelucahan sedemikian rupa juga merupakan kriteria penting yang ditetapkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk menyandang jawatan dalam institusi keagamaan?

Adakah terdapat agenda untuk merealisasikan Islam Liberal dengan perlantikan AJK seperti ini?

SUMBER