Isnin, 20 Ogos 2012

Pas mula kutip zakat fitrah di Perak.

Dahulu semasa Pakatan Haram memerintah Perak, Nizar telah buat kempen ke seluruh negeri Perak menyeru orang ramai terutama ahli Pas supaya membayar zakat kepada baitulmal dan zakat fitrah kepada amil-amil yang dilantik oleh kerajaan negeri yang sah. Pas mahu rakyat Perak menerima dan menghormati kerajaan Pas yang memerintah Perak. Akan tetapi selepas 11 bulan memerintah, Allah menarik balik kuasa yang diberi.  Hari ini Pas kembali ke asal, mengutip zakat fitrah ikut cara lama, semua masjid yang mereka kuasai mereka akan melantik amil mereka sendiri, amil yang dilantik kerajaan tidak diterima pakai. Pas wal asal balik hasil, wal hasil balik asal, Pas pemipu rakyat. Pas kutip zakat bukan untuk membantu fakir miskin, tetapi untuk jihad ala-Pas, untuk politik, untuk perbelanjaan PRU 13.