Isnin, 6 Ogos 2012

PAS parti tiga S ( SSS)

Parti PAS hari ini semakin carcamarba, kalut untuk menawan Putrajaya. Untuk melunaskan tuntutan mereka Pas terpaksa mencari regu agar mereka berjaya menumpaskan parti Umno dan komponen BN.

Siapa regu mereka?

Tak lain dan tak bukan ialah parti Democratic Action Party( pro komunis),  Parti Al-Jub ( Freemadon) dan Parti Sosialis Rakyat Malaysia( Parti pro komunis).

Hairan bin pelik apabila Pas yang kononnya memperjuangkan Islam,  sanggup bersekongkol dengan juak-juak komunis, sosialis, freemason yang ternyata menentang kehidupan beragama dan Islam adalah musuh nombor satu mereka.

Kini isu terhangat ialah penolakan Bapa Benggali terhadap hukum hudud dan pembentukan negara Islam.  DAP tidak boleh bertoleransi dengan isu hudud dan negara Islam kerana ia bertentangan dengan agenda pertubuhan democratic dunia yang mana dianggotai oleh Dap.

Mahu atau tidak Bapa Benggali tetap tidak akan berkompromi,  Dap juga tahu bahawa Pas bukan lah memperjuangkan Islam kerana agenda Pas adalah agenda Ikhwan Muslimin dunia.

Kini Ikhwan muslimin berjaya menguasai Mesir, tetapi hakikat sebenarnya Muslim brotherhood atau ikhwan muslimin juga agenda yahudi dan masonic.  Lihat apa yang dilakukan oleh Presiden Mesir? Dia mengangkat Nasionalisme dan membuang islam.

Nik Aziz pula pernah mengkritik Umno kerana menolak Islam dan memperjuangkan Kebangsaan atau nasional. Sebenarnya Nik Aziz pun sama seperti Mohamed Moursi Presiden Mesir yang baru tidak akan mengangkat Islam tetapi nasional juga. Pas juga sama seperti Dap, menganggotai kumpulan Muslim Brotherhood untuk mengusai dunia Islam seperti Malaysia dan Indonesia.

Tidak hairanlah ramai pengkaji atau ilmuan Islam tulen hari ini menentang Pas dan Nik Aziz. Pas dilabelkan sesat, kawarij, dipengaruhi oleh syiah dan anti sunnah wal jamaah.

Tidak hairanlah seorang pegawai kanan Hamas menyatakan kemenangan Mohamed Moursi adalah kemenangan Israel dan Zionis. Rakyat Mesir tertipu dengan agenda Muslim Brotherhood. Ha! Orang Malaysia nak kena tipu oleh Pas?

Cuma di Malaysia Pas dan Dap masih bercakaran dalam isu hudud dan negara Islam.  Ia sebenarnya adalah SANDIWARA POLITIK SEMATA. Mereka tahu dengan wayang ini Umno terasa Pas akan lemah dan Umno berada dalam keadaan selesa. Ini perang psikologi,  jangan pandang remeh.

Seorang rakan menyatakan Pas ialah parti syok sendiri, seperti seorang lelaki yang angau dengan seorang wanita tetapi wanita tersebut tak ambil kisah dan buat tak tahu. Pas samalah dengan lelaki SSS hanya bertepuk sebelah tangan. Kesian Pas, macam kisah seorang lelaki di KL yang anggau dengan penyanyi Dato Siti Norhaliza sampai sanggup tempah kad jemputan perkahwinan dan tempah baju pengantin pada hal Siti tak tahu menahu langsung.

Samala al-kisah Ketua Pemuda Pas Tantawi 100. Punyalah angau sampai sanggup berkata kepada Ust Fathul Bari bahawa Karpal Singh pun bersetuju dengan hudud dan negara Islam. Tup-tup esoknya Bapak Benggali menafikannya.

Kesian Pas kena penyakit angau SSS berangan nak tawan Putrajaya, dulu kata nak bertanding 60 kerusi tetapi setelah dikritik hebat oleh rakyat Malaysia kini Pas meletakkan sasaran 70 kerusi pula.

Esok-esok mungkin naik menjadi 100 dan bila parlimen bubar mungkin jadi 222 kerusi pula. HAHAHAHAHAHA!