Rabu, 1 Ogos 2012
Pas tetap dengan hudud, acu try test semula kes Khalwat Mat Sabu
Pas tidak pernah meninggalkan cita-citanya untuk melaksanakan hukum hudud meskipun perkara itu tidak termasuk dalam kerangkaBuku Jingga.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas tetap memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud dan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menentang pelaksanaannya tidak menghalang cita-cita parti itu.
Mohd. Amar mengulas kenyataan Karpal yang menyifatkan sebarang cubaan Pas memperkenalkan hukum hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar Pas tahun lepas.
Karpal berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lalu secara umum menyatakan tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara berkebajikan dan hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama pembangkang iaitu Buku Jingga.
Mengulas lanjut, Mohd. Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan berkata, pelaksanaan hukum hudud tidak akan dibuat sebaik sahaja pembangkang menang sebaliknya dilaksanakan selepas mendapat sokongan majoriti rakyat.
"Untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, tumpuan utama kita adalah menjatuhkan BN. Hudud tak ada dalam Buku Jingga dan memang tak bincang, tetapi tak bermakna Pas tinggal cita-citanya," katanya.
"Kita akan teruskan usaha memberikan penjelasan dan penerangan di kalangan rakyat. Setakat ini, penerimaan rakyat di Kelantan tidak ada masalah. Kita tak paksa, pelaksanaannya bergantung kepada penerimaan majoriti rakyat," katanya.