Sabtu, 4 Ogos 2012

PKR Pecah Belahkan Keluarga Orang Asli

Published on Aug 3, 2012 by ThePerakToday
"Ada seorang peguam yang juga merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) datang menemui masyarakat Orang Asli di sini dan telah memanipulasikan isu pelaksanaan projek bijih besi di Kampung Sungai Leleh".

Demikian dakwaan Tok Batin Kampung Sungai Leleh, dekat Lanchang, Sedi Chanak, yang begitu kecewa kerana wujudnya individu yang sanggup mengambil kesempatan serta mengeksploitasi masyarakat Orang Asli di kawasan itu.