Harap dapat top ten hari ini |
Ketika umat Islam yang lain bergembira berhari raya, Zulfahmi pula sebaliknya terpaksa bertarung di litar dalam perlumbaan yang bermula pada pukul 10 malam waktu Malaysia.
Namun segala kesedihan tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga diketepikan demi kariernya.
Apatah lagi setelah lebih sebulan berehat, pelumba kelahiran Banting, itu kembali ke litar dengan matlamat yang sama untuk melakar sejarah buat negara.
Zulfahmi ketika dihubungi menerusi e-mel berkata, untuk musim 2012, banyak kemajuan yang dipamerkan berbanding dua musim sebelum ini.
Tahun ini saya telah meningkat banyak dan buat masa sekarang saya berada di kedudukan keenam setelah mengumpul 66 mata," katanya.
Menurut Zulfahmi, berbeza dengan musim lalu, keputusan dalam setiap perlumbaan berjaya dicatat dengan baik dan catatan podium juga semakin hampir dapat di gapai.
Untuk merealisasikan hasrat ini, saya perlu berganding bahu dan bekerja rapat dengan krew pasukan bagi memastikan jentera berada dalam situasi terbaik," ujarnya.
Mengenai persediaannya setelah lebih sebulan berehat, Zulfahmi memberitahu, bagi mengekalkan tahap kecergasannya, dia banyak melakukan senaman dengan berlari dan mengayuh basikal.