Berat dengan pokok tumpang |
Menurut perwakilan tersebut, banyak pokok-pokok tersebut dipenuhi lumut, paku-pakis dan lain-lain tumbuhan parasit yang menumpang. Ini sikit sebanyak akan menjejaskan kesihatan pokok. Lumut yang tebal juga menyebabkan pokok menjadi bertambah berat apabila hujan lebat.
Pokok tersebut juga tidak pernah dicantas atau dibuang dahan-dahan yang rosak dan buruk. Sekiranya tindakan penjagaan dibuat secara berkala, pokok tersebut tidak akan tumbang.
Pokok ini pun masih boleh diselamatkan dengan membuang semua dahan-dahan dan tegak kan semula akar banirnya. Harap MPT dapat menyelamatkan pokok ini, jika tak ada pakar sila rujuk dengan Jabatan Hutan, FRIM dan juga Jabatan Landskap Negara, pasti mereka ada jawapannya.
Ini kejadian kedua pokok hujan-hujan tumbang di Taman Tasik Taiping. Kejadian pertama tidak mendapat perhatian kerana tidak ada isu, kali ini isu pokok hujan-hujan telah dipertahankan oleh DAP yang menghalang projek kiosk menjual cenderamata dan makanan.