Khamis, 9 Ogos 2012

Ulama Pas kata tak salah kongsi kuasa dengan Kafir Harbi

Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan Datuk Mohammad Daud menjelaskan tidak salah Pas berkongsi kuasa dengan kafir harbi

Memang tidak salah dari sudut politik tetapi dari sudut agama ia salah. Tambahan lagi Pas sebuah parti yang kononnya memperjuangkan agama Allah dan ingin mempertahankan Islam.

Kenyataan Pas samalah kalau kita katakan orang Pas boleh makan babi dan minum arak. Ia tak salah, tiada undang-undang mana-mana negara pun yang melarang orang makan babi dan minum arak.

Hahaha! Pas semakin menyesatkan pengikutnya.

Dibawah pula kenyataan beliau yang risau dengan keghairahan Pas untuk menguasai Putrajaya




KOTA BHARU: Pemimpin dan ahli PAS ditegur kerana terlalu ghairah menawan Putrajaya sehinggakan agenda dakwah sebenar dalam masyarakat seperti dipinggirkan, demikian disuarakan Datuk Mohamed Daud.Mohamed yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan menzahirkan rasa kesal dengan sikap kebanyakan pemimpin dan ahli PAS yang dilihat merancang untuk merampas kekuasaan negara semata-mata.Beliau yang juga bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pusat menegur sepatutnya orang PAS memenuhi masjid dan mengadakan lebih banyak program dakwah serta pendidikan.Mohamed berkata lebih banyak masjid kini termasuk di Kelantan semakin suram tanpa agenda tarbiah sedangkan dalam sejarah Nabi Muhammad SAW telah meletakkan masjid sebagai pusat penting untuk menyuburkan agama.“Kita sepatutnya menghidupkan masjid terlebih dahulu, kuasai masjid sebelum kita ghairah mahu berkuasa di Putrajaya.“Kalau kita tinggalkan agenda masjid dan hanya fikir mahukan Putrajaya, jika kita kuasa kelak, orang jenis macam mana yang kita hendak lantik menjadi duta misalnya? Adakah orang yang tidak pernah bersolat di masjid?“Saya sedih lihat keadaan banyak masjid sekarang sudah mati, di mana orang kita yang sepatutnya datang penuhkan masjid? Padahal kalau masjid sudah hidup barulah kita sebenarnya boleh perintah negara,” katanya.Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah pagi di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri semalam.Mohamed menambah, beliau amat berharap semua pihak sedar mengenai perkara ini dan melakukan tindakan segera.

Kenyataan di atas membuktikan usaha Pas sejak 20 tahun lalu untuk menguasai pentadbiran dan pengurusan masjid adalah benar. Kesilapan ketara mengapa surau dan masjid sunyi ialah kerana anak Khairiah meluat dan menyampah dengan agenda Pas yang berpolitik dalam masjid.