Jumaat, 14 September 2012

Calon Ahli Parlimen Larut dikenal pasti

Orang Larut ramai yang sudah menyebut nama beliau supaya dipilih menjadi calon BN untuk Parlimen Larut. Lawannya tak lain dan tak bukan Ustaz Akmal Kamarudin dari parti Pas.

Kebanyakan orang Pas Larut pula tidak gemar dengan Ustaz Akmal Kamarudin kerana sifat angkuh dan sombong. Beliau juga pernah dilaporkan memaki hamun polis yang menghalang kemaraan kumpulan pemuda Pas yang bermotosikal untuk mengadakan demonstrasi di depan kem tahanan Kamunting awal Julai lalu.

Sebahagian besar orang Pas larut mahukan Dato Fauzi bekas pesara pegawai kanan polis menjadi calon Pas. Bagaimanapun Akmal akan menggunakan pengaruh bapa mertuanya yang juga Presiden Pas untuk memastikan beliau adalah calon yang sah untuk Pas menentang BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan