Ahad, 2 September 2012

Dato Seri Nizar Jamaludin akan bertanding di Dun Changkat Jering

Apa punya lekehnya Pas Bukit Gantang, Nak bertanding pun kena minta izin al-jubury, kata nak jadi boss dalam pakatan rakyat, nak ganti UMNO, tetapi tak berani menentukan kerusi yang akan dipertandingkan.

Nizar pun dah nak lari dari Pasir Panjang, kenapa nak lari, sepatutnya pertahankan kerusi Pasir Panjang dan kekalkan kerusi parlimen Bukit Gantang.

Sekarang dah nak bertanding di Changkat Jering pula?  Hai Nizar, malu lah sikit. Pasir Panjang dan parlimen Bukit Gantang pun pun tak terjaga, ada hati nak bertanding lagi.

Sudah lah pergi balik jaga lif pejabat Dap lagi baik.



Nak kena rujuk al-jubury juga ka?


YDP Ustaz Nordin Jaafar, TYDP Ustaz Zulkifli Ahmad dan Sdr Rahim Ismail ,NYDP bersama DS Nizar,pada 31 Ogos lalu. Pas Bukit Gantang bersedia untuk DS Nizar bertanding di Changkat Jering.

Terima kasih DS Anwar. Pengundi DUN Changkat Jering sudah lama menanti ,penjelasan DS Anwar soal pengagihan kerusi. Justeru itu,Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menganggap pengagihan kerusi yang akan ditandingi parti-parti dalam Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah selesai.
Kata DS Anwar semua keputusan dibuat berasaskan kesefahaman bersama yang menjadi teras Pakatan Rakyat.Jika apa yang di nyata oleh DS Anwar,agihan kerusi sudah selesai, insya Allah kerusi DUN Changkat Jering telah menjadi milik PAS .PAS Bukit Gantang mempunyai banyak calon. DS Nizar ,YDP Ustaz Nordin Jaafar dan banyak lagi sudah bersedia untuk bertanding.PAS bukan tamak,PAS Bukit Gantang mahu bertanding pada kerusi yang di khianati.

PAS tidak mahu bertanding di Kuala Sapetang,usul untuk PAS bertanding di DUN Kuala Sapetang dibentang dalam mesyuarat agung kawasan ditolak perwakilan.Bijaknya pimpinan cawangan-cawangan
Tapi usul untuk bertanding di DUN Changkat Jering diterima oleh perwakilan,kerana khianatnnya seorang wakil rakyat Osman Jailu.Terima kasih pimpinan Pakatan Rakyat Malaysia yang memberi PAS bertanding di DUN Changkat Jering.

Nizar nampaknya telah menjadi cacing kepanasan, nak bertanding sebagai Adun Changkat Jering, Adalah lebih baik Nizar bertanding atas tiket Dap kerana Dap memerlukan seorang calon Melayu Islam untuk menjadi Menteri Besar.

Pas jangan harap Dap nak lantik Nizar jadi Menteri Besar sekali lagi, 2008 pun Karpal Sink dan Nga/ Ngeh tak setuju Pas dilantik jadi MB.

Cakap banyak tok sah, tak percaya tunggu dan lihat, Dap sudah yakin akan menang 19 kerusi, Pas nak menang 3 kerusi pun nampaknya malap..

Kenapa malap, kerana pengundi sudah serik dan tak akan tertipu dengan mainan Nizar Jamaludin yang menghasut pengundi Melayu supaya dengan hukum wajib bagi orang Islam mengundi calon Islam dan haram mengundi calon bukan Islam.

Bila menang Nizar sendiri tonggek punggung kepada Dap sebagai pencacai.