Sabtu, 22 September 2012

Doris Jones dan SSKM -siri 2

Ramai penyokong Doris Jones begitu marah kepada TM kerana meminta KDN menahan dan menyiasat beliau.TM memang marah kepada Doris kerana kenyataannya dalam YouTube.

Menurut komen-komen dalam blog ini, Doris adalah Bumiputera Sabah dan bukan etnik Cina Sabah. Jika Doris adalah Bumiputera Sabah maka kenyataannya adalah silap besar. Sabah dan Sarawak bukan masuk Malaysia atau dikuasai oleh Semenanjung. Sarawak dan Sabah mempunyai kuasa autonomi sendiri oleh yang demikian Sabah dan Sarawak mempunyai barisan kabinetnya sendiri.

Sabah dan Sarawak juga berhak menghalang mana-mana individu dari semenanjung daripada masuk ke sana jika di dapati boleh mengganggu gugat kedudukannya.  Ramai ahli politik telah diarahkan balik semula ke semenanjung kerana kehadiran mereka mempunyai niat jahat untuk menghuru-harakan dua negeri ini.

Harus diingat bahawa penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia mempunyai syarat-syarat yang di persetujui oleh kedua-dua pihak dalam 20 perkara.

Usaha untuk memisahkan hubungan Sabah, Sarawak dengan Semenanjung telah lama berlaku, iaitu sejak penubuhan Malaysia lagi.

Usaha ini adalah datangnya daripada pihak komunis yang berusaha keras untuk menguasai kedua-dua negeri tersebut.

Kumpulan tentera pemisah yang dikenali sebagai kumpulan Vic Morro pernah wujud di sana dan hari ini mati begitu sahaja namun ideologi tidak pernah mati.

Gerakan ganas komunis pernah beberapa kali menggemparkan penduduk Sibu dengan meletakkan bom di sekolah-sekolah, menyerang orang kampung pada tahun 80an masih segar dalam ingatan. Kebanyakan anggota komunis berselindung di dalam kem-kem balak dan sesekali turun ke bandar untuk berhibur dan mengerakkan agenda mereka.  Kemuncak kemenangan mereka ialah apabila Dap menguasai Parlimen P212 Sibu pada tahun 1982 oleh Ling Sie Meng yang berjaya menewaskan Dr Wong Soon Kai (BN).

Usaha untuk memisahkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia terus dilakukan secara senyap-senyap tanpa menggunakan senjata. Mereka menghasut kaum Bumiputera atau native supaya wujud satu sentimen Anti Malaya. Kononnya Sarawak dan Sabah kini dijajah oleh Malaya dan Malaya di anggap sebagai 2nd colonial selepas British.

Sehinggakan kemasukan beramai-ramai kakitangan kerajaan yang bertugas di Sabah dan Sarawak pun menjadi isu kononnya ingin menguasai dan merampas rezeki penduduk tempatan. Kehadiran guru-guru yang ramai bertugas di sana pada tahun 70an dan 80an pun dijadikan isu yang besar bukan sahaja dari penduduk kampung tetapi juga dari kalangan warga pendidik sendiri.

Mereka yang tidak tahu akan misi sebenar kemasukan ramai kakitangan kerajaan di sana dengan mudah mempercayai akan dakwaan puak pemisah bahawa memang benarlah Malaya menjadi 2nd colonial.

Sarawak dan Sabah merupakan negeri yang jauh ketinggalan dari semenanjung dan dengan itu ramai sumber manusia diperlukan untuk membangun kan pelbagai sektor termasuk membangun kan sumber insan di peringkat sekolah.

Sekolah banyak dibangunkan dan sumber tenaga pengajar diperlukan dalam jumlah yang ramai. Pada ketika itu Sarawak hanya mempunyai 3 buah pusat latihan guru yang terletak di Kuching, Binatang( Kini Bintangor ) dan Sibu. Ia tidak cukup untuk membekal tenaga pengajar di kawasan pedalaman oleh itu ramai guru-guru dibawa masuk dari semenanjung.

Kini pada tahun 2012 jumlah anak-anak tempatan yang menjadi guru dan kakitangan awam semakin bertambah dan ramai yang terpaksa ditugaskan di semenanjung kerana tiada kekosongan di sana.

Berbalik kepada usaha Doris Jones untuk membawa keluar Sabah dan Sarawak hanyalah omongan politik Dap dan Anwar Ibrahim sahaja.  Jika Doris mahu bebas dari nama Malaysia mengapakah beliau bersekongkol dengan parti pembangkang yang datang dari Malaya iaitu Dap, Pkr dan Pas. Ini adalah tektik parti pembangkang untuk menipu rakyat Sabah khususnya.

Umno dan komponen lain tidak pernah berniat untuk masuk ke Sabah dan Sarawak. Kemasukan Umno di Sabah adalah berpunca daripada kehendak orang Sabah sendiri, apabila PBS dibawah Pairin Kitingan keluar BN di saat-saat akhir PRU negeri telah menyebabkan Umno masuk di sana.

Di Sarawak juga wujud permintaan untuk menubuhkan Umno Sarawak tetapi ia pasti tidak akan berlaku kerana Umno menghormati parti-parti komponen BN yang ada di sana.

Pesanan kepada Doris , janganlah bermimpi di siang hari, Sabah dan Sarawak tidak mampu untuk menubuhkan tentera dan polis sendiri sekiranya ingin mengasingkan diri dari semenanjung.

Tahukan bahawa Sabah dan Sarawak menerima peruntukan yang sangat tinggi setiap tahun untuk membangun kan kedua-dua negeri itu ditahap yang ada sekarang.

Janganlah Doris berbangga dengan hasil bumi seperti minyak dan gas kerana untuk menaikkan gas dan minyak kerajaan terpaksa juga menyerahkan kontrak cari gali kepada syarikat-syarikat besar seperti Shell, Esso dan sebagainya.

bersambung/....