Khamis, 6 September 2012

Fitnah Pas terhadap Menteri Besar Perak.




Isu pembelian kereta Nissan Teana oleh kerajaan Barisan Nasional Perak untuk kegunaan 3 orang pegawai kerajaan negeri telah menjadi modal politik murahan oleh Pas Perak.

Blog Ajijoi pula menuduh kerajaan telah membeli Nissan Fuga Hybrid yang berharga RM 350 ribu sebuah. Laman blog Perakite pula menuduh Dr Zambry tidak patriotik kerana membeli kereta tersebut.

Untuk pengetahuan Pas Perak, kerajaan Perak telah mendapat kelulusan kementerian kewangan untuk membeli 3 buah kereta baru untuk kegunaan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan juga Penasihat Undang-Undang Negeri.

Oleh kerana Proton Perdana telah dihentikan pengeluarannya, kerajaan terpaksa membeli kereta dari jenama lain. Nilai yang sama dengan kereta Proton Perdana ialah Proton Inspira, tetapi kereta jenis itu tidak sesuai sebagai kereta rasmi pegawai kerajaan kerana reka bentuknya yang sporty.

Oleh yang demikian kerajaan negeri telah memilih Nissan Teana dengan harga dibawah RM 120 ribu selepas ditolak cukai. Oleh itu kerajaan telah bersetuju untuk membeli Teana dengan harga RM 119 ribu lebih sahaja dan ia jauh lebih murah berbanding 16 buah kereta Toyota Camry yang dibeli oleh Nizar Jamaludin dahulu.

Pas Perak yang memainkan isu ini juga patut mengkritik Exco kerajaan Kelantan, kerana beberapa orang Exco seperti YB Datuk Hj Takiyuddin Hasan juga menggunakan kereta Nissan Teana sebagai kereta rasmi beliau.