Sabtu, 1 September 2012
KDN perlu ambil serius ancaman terbaru.
Isu mempromosi bendera baru yang dinamakan Sang Saka Malaya oleh puak-puak penderhaka, pengkhianat negara pada malam merdeka mesti lah diambil tindakan segera.
Siasat sampai ke akar umbi dan bawa mereka ke mahkamah.
Dahulu Presiden Perkasa Dato Ibrahim Ali pernah menyuarakan bahawa Malaysia perlu menubuhkan Mahkamah Perlembagaan dan sekarang ternyata ia satu cadangan yang amat sesuai hari ini.
Jika dibiarkan negara akan menjadi seperti Mesir, Libya, Tunisia dan lain-lain, bukan sahaja ancaman dari pihak komunis sosialis demokratik tetapi juga ancaman Syiah yang semakin berani menunjukkan belang mereka.