Isnin, 10 September 2012

Ladang ternakan ayam di Kubu Gajah

Ladang ternakan ayam daging ini adalah yang pertama dibuat di Kubu Gajah tanpa persetujuan oleh penduduk-penduduk kampung. Lokasinya adalah ditepi jalan Kubu Gajah Bagan Serai dan jarah dari Pekan Kubu Gajah ke ladang tersebut hanya lebih kurang 900 meter. Ladang ini dimiliki secara bersama oleh seorang penternak ayam daging tauke cina bersama seorang pemimpin PAS Bagan Serai. Ladang seluas 2.5 ekar dibina diatas tanah kampung dan bersebelahan dengan rumah-rumah penduduk. Anak pengadu tersebut menyatakan ayahnya telah membantah pembinaan ladang tersebut sejak 9 bulan lalu dan sehingga kini projek diteruskan dan kerja-kerja pembinaan dilakukan siang malam termasuk hari cuti dan cuti hujung minggu. Pengadu mendakwa projek ini mendapat sokongan agensi kerajaan walaupun penduduk membantah. Bantahan penduduk juga pernah disiarkan dalam akhbar Sinar Harian dan Berita Harian, pegawai kerajaaan keluar dan masuk ke dalam tetapi tiada tindakan. gambar-gambar seterusnya akan menyusul kemudian