Khamis, 13 September 2012

Ladang ternakan yang mendapat bantahan penduduk Kubu Gajah Selama Perak



Ladang ternakan yang diusahakan oleh seorang pemimpin Pas dari Bagan Serai Perak sejak awal tahun kini sudah 85 % siap dan segala bantahan penduduk tidak menjejaskan proses pembinaannya.

Ladang ini adalah yang pertama didirikan dan yakinlah bahawa lebih banyak ladang seperti ini akan mengambil tempat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Contoh yang ketara ialah ladang ternakan ikan kelisa di Bukit Merah, apa bila seorang penternak berjaya membeli sebidang tanah yang cuma berharga RM80 ribu untuk 2.5 ekar, kini sudah muncul berpuluh-puluh syarikat lain yang berebut-rebut untuk membeli tanah dan  membuka ladang mereka.