Isnin, 24 September 2012

PAS sudah bersedia menolak DAP di Perak

Statistik Pas Perak nampaknya syok sendiri, Pas yakin menang 16 kerusi dan Pkr pula 12 kerusi, sementara itu Pas tidak menyebut tentang kemenangan Dap.

Mengikut sumber Dap, mereka akan akan bertanding 19 kerusi dan menang semua kerusi. Dap akan meletakkan calon melayu di kawasan majoriti cina untuk memastikan Dap akan meletakkan orangnya menjadi Menteri Besar Perak ke 12.

Ramalan yang dibuat oleh Taipingmali ialah Pas akan menang 1atau 2  kerusi sahaja dalam pru 13. Dalam pilihanraya 2008 Pas menang kerana memainkan isu 

ORANG ISLAM WAJIB UNDI CALON ISLAM DAN HARAM UNDI CALON BUKAN ISLAM.

PRU 13!!! PAS mampu menang 16 Dun, PKR 12 Dun di Perak
Data di bawah hanya mengambilkira pengundi Melayu, Cina dan India. Undi Asli dan Pos tidak diambilkira. Setelah dikira dari sentimen semasa secara keseluruhan iaitu Melayu 36%, Cina 80% dan India 40% (lebih cantik jika mampu dapat lebih) maka peratus keseluruhan adalah seperti di ruangan berwarna kuning.

Kekurangan dan kelebihan adalah berdasarkan % undi yang diperolehi BN dalam PRU 12.




PKR= 12 DUN
PAS= 16 DUN (jika DUN Lintang diandaikan sebagai DUN PAS)


Untuk PAS, jika dapat membaiki beberapa kesilapan yang telah di paparkan di SINI, kemungkinan untuk menang kemungkinan besar dapat mencecah 90%.Untuk PKR, kemungkinan besar cuma 55% selagi tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah di cabang-cabang (Masalah PKR tuan2 dipersilakan paparkan di ruangan komen. tq)

Semakin ke bawah, kerja-kerja yang perlu dilaksanakan semakin berat!Akhirkata, “TEPUK DADA TANYA SELERA”. Kejayaan mendapatkan semula negeri terletak di tangan tuan-tuan! Jangan tamak mengejar jawatan seperti yang telah dipaparkan di SINI.P/S: Untuk DUN2 yang tiada dalam senarai, hanya akan dimenangi sekiranya tuan2 dapat mentadbir negeri dengan baik sekiranya dapat berkuasa semula selepas PRU13 nanti! So, sila study bab pentadbiran yang baik dan berkesan mulai sekarang!The Sniper