Isnin, 24 September 2012

Tolong ingat pesanan Tun Mahathir

Pesanan ayahanda Tun cukup ringkas, beliau tak mahu dirinya dikasihani tetapi beliau tak mahu anak cucu kita diperlakukan macam zaman jepun.

Tun pernah lihat sendiri peristiwa seorang tua ditendang kerana tidak turun basikal dan tidak hormat lagu kebangsaan negara tersebut.

Hari ini gambar pemimpin kita dipijak, esok-esok kepala kita pula dipijak.

Rasa tidak hormat kepada penduduk peribumi sudah mula wujud di negara ini.

Syarat dan janji-janji kerakyatan sudah dicabuli, hanya datuk nenek mereka sahaja yang berikrar dan berjanji untuk setia kepada raja dan menghormati Islam sebagai agama rasmi. Menghormati dan memahami adat istiadat Melayu.

Kini bukan saja pemimpin dihina , malah sistem beraja juga mahu dihapuskan. Kononnya raja tidak membawa apa-apa faedah dari segi ekonomi negara, yang bercakap ialah anak-anak Melayu sendiri setelah minda mereka berjaya dijajah oleh komunis moden.

Sekian/.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.