Selasa, 11 September 2012

Pas takut kehilangan pengundi jika Nasha dipecat.

MSO, Khalid Samad, Mat Sabu, Husam, Lim Kit Siang dan ramai lagi dalam kumpulan Anwarinas ternyata panas punggung kerana bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa masih kekal sebagai ahli Pas.

Majlis Syura dan Pas Pusat takut untuk membuang Nasha kerana tak mahu pisang berbuah dua kali.

Pas melihat kesan dan impak yang cukup besar kerana memecat YB Dato Dr Hasan Ali, Pas kehilangan ribuan pengundi dan ahli Pas kerana pemecatan Hasan Ali.

Apabila Nasha kekal sebagai ahli Pas, nama-nama yang disebut di atas akan menjadi seperti burung unta yang akan sorok muka dalam lubang tetapi punggung nampak di luar.

Bagaimana Khalid Samad nak berdepan dengan Nasha yang dikutuk hebat sebelum ini.

Sekian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.