Isnin, 15 Oktober 2012

Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat akan tawan Putrajaya tahun ini

Anwar pemimpin umum Parti Kian Ranap begitu yakin bahawa Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak akan membubarkan parlimen akhir tahun ini.

Anwar juga optimis, beliau dan sekutunya akan menawan Putrajaya.

Itu lah mimpi Anwar siang dan malam sejak menyertai Umno pada tahun 1982, ketika itu beliau yang dididik oleh Barat telah merancang pelbagai strategi untuk menjadi perdana menteri.

Langkah pertama ialah menubuhkan Abim supaya ia nampak lebih Islamik dan mudah mencari sokongan rakyat. Kedua ia harus menyakinkan kepimpinan Umno terutama perdana menteri bahawa beliau adalah contoh atau ikon dunia, ikon yang membawa imej Islam.

Justeru, Anwar berjaya melonjakkan diri daripada seorang guru sekolah swasta [Kolej Yayasan Anda] sehingga menjadi seorang menteri kewangan dan timbalan perdana menteri pada tahun 1993 selepas berjaya menyingkirkan Tun Ghafar Baba dalam pemilihan Umno 1993. Pemilihan Umno tahun itu juga merupakan titik hitam dalam sejarah Umno kerana Anwar telah melaburkan jutaan ringgit untuk membeli undi daripada peringkat pencalonan bahagian sehinggalah ke peringkat pemilihan persidangan agung parti.

Anwar juga menaja ramai pemimpin-pemimpin peringkat Majlis Tertinggi (MT) dan boleh dikatakan 90 % calon-calon MT pro Anwar semua menang dengan bergaya. Ia termasuklah barisan kepimpinan wanita dan pemuda.

1998 Anwar dipecat oleh Umno kerana salah guna kuasa, salah laku seks luar tabii. Tun Mahathir yang dahulunya cukup sayang kepada Anwar akur dengan bukti-bukti salah laku seks yang ditunjukkan oleh pasukan penyiasatan yang ditubuhkan oleh beliau.

Kini Anwar pemimpin pembangkang nombor 1 sedang nazak, oleh itu beliau terpaksa menggunakan bas untuk menjelajah ke seluruh pelusuk negara untuk memancing undi dengan berjumpa pengundi peringkat akar umbi. Ianya tidak sepatutnya dilakukan oleh pemimpin seperti beliau.

Anwar sepatutnya cukup dengan turun dalam program besar-besar peringkat negeri dan daerah seperti yang dilakukan oleh Najib Tun Abdul Razak.

Hari ini oleh kerana sedang nazak dengan sakit politik, Anwar terpaksa meredah sungai, kampung untuk berjumpa rakyat. Kini kerja Anwar menjadi lebih mudah kerana beliau tak perlu memohon sebarang permit untuk berceramah, di mana-mana sahaja beliau boleh berhenti dan mengeluarkan pentas dan terus berceramah.

Bas milik Khalid Ibrahim serba lengkap dan TM yakin bas yang tersebut bukan berharga RM 900 ribu tetapi jutaan ringgit.

Anwar pentingkan keselamatan nyawa beliau sahaja dan oleh itu cermin tingkap keseluruhan adalah kalis peluru kecuali bahagian cermin hadapan sahaja yang tidak kalis peluru.

Insiden simbah cat dan pecah cermin hanyalah gimik murahan beliau sahaja.

Masih ingat video China Doll?

Allah maha besar, segala keburukan Anwar telah didedahkan satu persatu, Salah laku seks luar tabii telah didedahkan oleh mangsa-mangsa kepada pemimpin Pas iaitu Taib Azzamudin ketika menjadi Imam besar masjid negara.  Allah juga mendedahkan mangsa liwat seterusnya  iaitu Saiful dan Yuli Arianto dari Jakarta.

Datuk Esskay juga telah mendedahkan isu kehilangan jam omega dan isu China doll. Begitu terang lagi bersuluh satu-satu kemungkaran Anwar terdedah. Pendedahan kemenunafikan dalam ceramah juga terdedah.

Anwar yang kononnya Islamik telah bercakap dalam ceramah di England bahawa semua agama di dunia adalah sama. Islam , Kristian , Hindu, Budhaa dan lain-lain adalah sama. Sebab itulah Anwar membenarkan kalimah Allah digunakan pakai oleh bulitin Katholik herald .

Sampai macam itu pun ramai cicak mengkarung masih tak percaya yang segala aib dan onar yang dibawa oleh Anwar.

Sebenarnya bas mewah juga satu lagi petunjuk Allah yang mendedahkan Anwar adalah pelaku seks dalam video China doll. Mungkin Anwar tidak sedar bahawa ketika berucap di pentas khas tersebut beliau tidak berdiri diam, sebaliknya mundar mandir ke kiri kanan pentas. Cuba perhatikan betul-betul lenggangnya, hanyunan tangannya, bongkok badan atau torsonya, kepit pehanya sebiji seperti yang ditunjukkan oleh video Datuk T.

Oleh sebab itulah pakar-pakar dari Korea dan Amerika yakin video tersebut adalah benar dan pelaku aksi-aksi juga 99 % adalah Anwar Ibrahim.