KUALA LUMPUR 24 Okt – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Kahiruddin percaya pemimpin DAP tidak berani menyahut cabaran untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu kerana belang rasis mereka sukar untuk dipadamkan meskipun mereka sering melaungkan prinsip keadilan, demokrasi dan sebagainya.
Tegasnya DAP tidak akan berani menanggung risiko memandangkan rakyat khususnya orang Melayu di Pulau Pinang secara majoritinya sudah menolak mereka setelah empat tahun lebih memerintah negeri itu.
Katanya rakyat semakin sedar dan tahu bagaimana mereka mentadbir dengan penuh retorik dan penuh sandiwara.
"Malah sepanjang pengalaman bersama mereka, DAP adalah sebuah parti yang tidak boleh dipercayai dan saya rasa hakikat yang sama turut dikongsikan oleh rakyat pelbagai kaum di Pulau Pinang hari ini," katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau juga yakin rakan politik DAP iaitu Pas dan PKR tahu akan hakikat tersebut namun terpaksa pendamkan demi survival politik mereka.
"Pas dan PKR pun masing-masing ada agenda tersirat sebab itu apa yang mereka pamirkan bersama DAP hanya lakonan sandiwara. Tapi percayalah pilihanraya umum akan datang tembelang itu akan pecah kerana masing-masing sudah pasang strategi untuk 'membunuh' antara satu sama lain.
"Mereka saling tidak percaya mempercayai. DAP sendiri sedang giat mempromosikan pemimpin Melayu mereka… memang pada permukaannya jalinan pakatan pembangkang nampak cantik tapi di dalamnya berkecamuk", ujarnya.
Jelas beliau lagi kenyataan kononnya DAP parti pelbagai kaum hanyalah retorik kosong semata-mata, hanya rakyat yang buta hati saja yang akan percaya.
"Kalau saya tuduh mungkin perkara itu mereka boleh sifatkan fitnah tetapi yang mengatakan hal ini dengan tegas adalah bekas Naib Pengerusi DAP sendiri Tunku Aziz Tunku Ibrahim.
"Kita lihat apa yang berlaku dalam DAP sekarang makin ramai ahlinya di kalangan orang Melayu, India keluar parti… sebab apa?… tepuk dada tanya selera", ujarnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.