Jumaat, 5 Oktober 2012

Kakitangan kerajaan Pas akan dibayar bonus 2 bulan gaji

Tahun 2011, Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian Bonus Setengah Bulan Gaji kepada kakitangan persekutuan sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan minimum bonus ialah RM 500 ringgit.

Sebaik saja Najib membuat pengumuman, puak-puak pembangkang mula mengutuk , ada saja yang tak betul, tetapi senyap selepas Pulau Pinang, Selangor juga mengumumkan jumlah bonus yang sama seperti yang diumumkan oleh Najib.

Akan tetapi tak ada pula Najib kutuk pembangkang kerana meniru bonus BN. [ rujuk balik bajet 2013, dengan mudah Anwar kata bajet Najib tiru bajet pakatan tetapi mereka kutuk kaw-kaw bajet Najib- kalau dah kata tiru jangan lah kutuk]

Berbalik kepada gambar di atas,  ternyata Tuan Ibrahim Tuan Man ketandusan idea untuk mengkritik bajet Najib.

Tugas pembangkang ialah mengutuk dan mengkritik, maka Tuan Ibrahim wajib lah memberi pendapat beliau, akan tetapi pendapat beliau ialah pendapat dungu dan bodoh sombong.

Tak lama lagi, bila Anwar atau Pas Kelantan dan Kedah umumkan bonus 2 bulan gaji barulah Tuan Ibrahim diam.

Nak tanya Tuan Ibrahim, berapa bulan bonus yang diumumkan oleh al-Jub?