Malam ini berpusu-pusu lalat-lalat hijau yang busuk seperti bangkai babi akan memenuhi tapak fun fair di Simpang Taiping. Hadir mereka bukan untuk naik buaian pusing atau berjudi baling gelang dalam botol atau lain-lain judi tikam-tikam tetapi untuk cari dosa kering.
Nama-nama besar seperti di atas akan memulakan ceramah dengan salam dan selawat ke atas nabi, 5 minit selepas itu akan bermulalah maki hamun, sumpah seranah, fitnah, adu domba dan segala macam pembohongan oleh munafik-munafik di atas.
Lalat hijau mungkin akan teruja apabila melihat persiapan kali ini cukup hebat dengan puluhan khemah yang didirikan di tapak ceramah, seolah-olah dapat mengalahkan majlis kedatangan perdana menteri tempoh hari.
Dulu-dulu Pas buat ceramah di perkarangan masjid dan surau, kini kerana Dap mereka sanggup buat di tapak fun fair yang penuh dengan unsur judi tikam.
Ceramah malam ini penting buat Pas kerana mereka mahu kerusi Changkat Jering, Pkr mahu meletakkan calon di sana tetapi Pas tetap berkeras mahu kerusi tersebut. Sebab itulah ceramah kali ini tidak ada wakil Pkr,
Dalam diam Pas telah bercakaran bersama Dap dan Pkr, Pas menjemput Ngeh Koo Ham kerana ia adalah sekutu kuat Nizar Jamaluddin.
Calon Dun Changkat Jering kini milik Nizar Jamaluddin, kerusi tersebut juga diidamkan oleh YDP Pas Bukit Gantang Ustaz (mulut longkang) Nordin Jaafar.
Sebenarnya untuk maklumat lalat-lalat hijau , pada 13 Oktober ini satu jamuan makan malam akan dibuat ditapak tersebut oleh sebuah tokong cina dan khemah tersebut adalah khemah yang telah dipasang oleh pihak tokong tersebut. Kalau lalat hijau nak merasa daging babi golek boleh lah turut serta dalam jamuan tersebut.
INGAT : 1 UNDI UNTUK PAKATAN BERMAKNA 3 UNDI UNTUK G. SOROS.