Rabu, 10 Oktober 2012

Pembohongan Blogger Pas mengenai Bekas Adun Batu Kurau

Inilah kerja pecacai blogger Pas yang buat cerita kononnya kehadiran bekas Adun ke ceramah pakatan kononnya sudah tawar hati dengan Umno.

Cerita yang sebenar ialah Anwar yang ingin berjumpa Cikgu Manan kerana menghormati beliau sebagai Orang Besar 32 yang kebetulan pula sama-sama dalam Umno dulu. Anwar pun datang ceramah tak lama mana pun dia berambus begitu sahaja.

So kalau tak tahu cerita jangan dok bawa cerita munafik.....Nabi Muhamad SAW cukup benci orang yang suka buat cerita fitnah, mungkin Nik Aziz tak benci sebab itu pecacai Pas suka buat dosa kering.  Sham Kamekaze pun dah meluat dengan facebooker yang suka buat cerita mengarut dalam lama sosial tersebut. Ini budah hingusan yang baru nak kenal politik dah mula buat bohong...piirahh...
Tawar hati dengan Umno,bekas Adun Batu Kurau muncul di majlis ceramah Anwar terjemah sokongan terhadap Pakatan Rakyat


Mesra disapa Cikgu Manan,mungkin ramai yang mengenalinya khususnya masyarakat di sekitar DUN Batu Kurau,Parlimen Larut dan negeri Perak.Nama penuhnya ialah Haji Abdul Manan bin Haji Ali.Beliau adalah veteran Umno yang juga merupakan anak kelahiran Selama,Perak.Cikgu Manan pernah menggalas tanggungjawab sebagai ADUN Batu Kurau selama 3 penggal,dan kini beliau merupakan Orang Besar 32 negeri Perak..

Untuk pengetahuan pembaca,baru-baru ini Cikgu Manan dilihat muncul dalam satu program ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim(DSAI) yang berlangsung di Perkarangan Pejabat KeADILan Batu Kurau.Tindakannya itu telah mengejutkan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang berada di majlis tersebut.Dikhabarkan tujuan beliau hadir di majlis itu adalah untuk menterjemahkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat setelah dirinya mula berasa tawar hati dengan Umno.Penulis tak pasti apakah sebabnya yang membuatkan cikgu Manan berasa tawar hati dengan Umno?

Hadir dengan berpakaian serba hijau dan berkopiah putih(gambar),beliau telah diberikan tempat duduk sebaris dengan penceramah undangan serta pimpinan KeADILan dan PAS kawasan Larut di pentas utama.Sebelum beredar,beliau dilihat sempat membisikkan sesuatu ke telinga DSAI.

InsyaAllah,selepas Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil dan Thamrin Ghafar seorang lagi veteran Umno di negara kita akan mengambil langkah serupa.Sama-sama kita doakan agar beliau meninggalkan Umno dan menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.

Tidak perlu menunggu Umno untuk memecatnya ekoran daripada tindak-tanduknya yang dilihat mula menunjukkan kecenderungan terhadap PR.Umno sudah tentunya tidak akan berani bertindak demikian kerana Umno kini bukanlah sebuah parti yang kuat dan gagah seperti dahulu.Tindakan memecat mana-mana ahli hanya akan merugikan mereka,lebih-lebih lagi untuk memecat cikgu Manan,satunya-satunya bekas pemimpin Umno yang masih kuat pengaruhnya di negeri Perak.Kalau tidak masakan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil itu terpaksa memecat dirinya sendiri daripada Umno..Hehe Akhir kata,Umno memang penakut..