Isnin, 29 Oktober 2012
Toyota Tipu Pengguna MBX 1872
Pada 25 Oktober 2012 lepas kenderaan ini dilihat berada di bandaraya Ipoh berhadapan Jaya Jusco Jalan Tasek menghala ke arah Jalan Raja Nazrin Shah. Bagaimana pun kerana dilindungi oleh beberapa buah kenderaan tak sempat nak ambil gambar.
Rupa-rupa dalam internet terdapat 3 keping gambar yang dimuatkan naik dari blog dan facebook. Kenderaan pacuan 4 roda yang berdaftar di Melaka telah dikesan di stesen keretapi Gua Musang Kelantan dan di Port Dickson dan kali ini di Ipoh Perak.
Entah apa yang dia atau pemilik yang tak berpuas hati dengan syarikat pengeluar dan pengedar kenderaan tersebut sehingga sanggup menulis sedemikian rupa.
Jawapannya hanya pemilik dan Toyota Malaysia sahaja yang tahu.