Ahad, 21 Oktober 2012
Zulfahmi catat sejarah raih podium
SEPANG 21 Okt. - Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin mencipta sejarah sebagai pelumba tempatan pertama yang meraih podium apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.
Zulfahmi, yang beraksi untuk pasukan AirAsia-Sic-Ajo menamatkan perlumbaan dengan masa 2 minit 16.285 saat di belakang pemenang, Sandro Cortese daripada Red Bull KTM Ajo manakala tempat ketiga milik pelumba Mapfre Aspar Team Moto3, Jonas Folger. - Utusan
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121021/dn_18/Zulfahmi-catat-sejarah-raih-podium#ixzz29uZVdxaf
© Utusan Melayu (M) Bhd