Sabtu, 17 November 2012

Anwar Ibrahim: Najib, Hutang Negara RM538 Billion, Siapa Nak Bayar Itu?

Masa Anwar jadi menteri kewangan, ekonomi negara jatuh menjunam, Anwar harami waktu itu menjadi naib presiden IMF.

Macam mana nilai mata wang boleh jatuh begitu teruk, tak pernah dalam sejarah negara nilai 1 dolar USD meningkat sehingga RM 4.00. Kalau dibiarkan lagi nilai 1USD bersamaan RM 10.00 atau RM 100 .

Semuanya zaman Anwar. Kini dengan mudah Anwar menuduh kerajaan berhutang lebih 500 bilion . kenapa tak cerita bagaimana mata wang jatuh begitu teruk masa zaman dia.

Kenapa Anwar sanggup meminjam wang IMF? Anwar lah manusia kejam yang paling celaka dalam Malaysia ketika itu.

Nasib lah pada ketika itu Tun Mahathir mempunyai Tun Daim Zainuddin dan berjaya menambat nilai mata wang menjadi RM 3.80 untuk satu dolar USD.

Semua wang kertas bernilai RM 500 dan RM 1000 dibatalkan dan sesiapa yang menyimpannya hendak segera menukarnya di bank tempatan dalam tempoh 1 bulan.

Di sinilah Anwar sangat-sangat marah kepada Tun Mahathir dan Tun Daim kerana berjaya menggagalkan cita=cita Anwar supaya Malaysia menjadi peminjam IMF.

Kekecewaan Anwar jelas apabila Tun menubuhkan MTEN. MTEN mengambil alih tugas dan peranan Anwar dalam kementerian kewangan. Anwar bertambah gila dan bertambah marah kepada Tun Mahathir dan cuba menjatuhkan Tun dalam pemilihan 1997 dan isu yang dibawa oleh Anwar ialah kronisme.

Bagaimana pun Anwar gagal sekali lagi apabila Tun mempamerkan nama-nama syarikat-syarikat yang berkait dengan pemimpin Umno. Ternyata kroni Anwar lebih ramai daripada kroni Tun Mahathir.

Sekali lagi Anwar malu besar. pada ketika itu juga Anwar telah mula menyalah gunakan kuasanya dengan mengarahkan cawangan SB Bukit Aman menangkap Umi Hafilda. Anwar juga banyak mengutus kan surat kepada Tun Mahathir secara tulis tangan dan menafikan skandal seks dan salah lakunya.

Konfrontasi Anwar Mahathir menjadi lebih menarik pada tahun 1998 dan kemuncaknya pada 2 September setelah Tun mempunyai cukup bukti, Anwar dipecat dari kabinet dan Umno.

Bagi setengah orang ia amat memeranjatkan tetapi tidak kepada Taipingmali yang mengikuti perkembangan dan krisis Anwar, Ummi dan Tun Mahathir dari awal lagi.

Kini Anwar yang dahulunya dikeji dan di caci oleh Pas, S 46 dan Dap kini mereka pula yang memujanya seperti tuhan.

Satu lagi kalau benar Kerajaan BN dan berhutang 500 bilion , kalau Anwar jadi PM dia lah kena tanggung semua hutang. Oleh itu tak payah lah nak susah-susah kan diri nak rebut Putrajaya,, Tak kah satu perkara yang merugikan Pkr Pas dan Dap..yang terpaksa menanggung hutang Umno.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan