Langkau ke kandungan utama

Apa nak hairankan ramai lagi diluar sana yang perangai macam tu

Berita bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan yang menyertai Pas setelah bersara sedikit pun tidak mengejutkan Taipingmali. Ianya kerana sifat mereka menyokong pembangkang dan membocorkan banyak rahsia-rahsia kerajaan kepada pembangkang adalah dari golongan tersebut telah lama diketahui umum.

Kebanyakan daripada mereka menerima mazhab Pas sebagai amalan dan ikutan mereka sejak mereka menjejakkan kaki mereka di menara gading dalam atau luar negara.  Ini kerana pemimpin-pemimpin Pas kerap membuat lawatan dan memberi tazkirah supaya memilih Islam yang dibawa oleh Pas sebagai cara hidup mereka. Leeds University di UK salah satu sarang atau lubuk Pas untuk melahirkan ramai pengikut mazhab mereka.

Malah di Putrajaya pun jika diselidiki terdapat ramai pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang taksub dengan doktrin Pas. Mereka ini apabila bersara nanti akan mengisi borang keahlian Pas.

Ini belum ambil kira mereka di IPT dan IPG yang terdapat ramai totok Pas. Taipingmali mendapat maklumat bahawa totok-totok Pas di pusat-pusat pengajian tinggi tak ada kerja lain selain memburuk-burukkan kerajaan.

Sedarlah mereka bahawa gaji mereka cukup lumayan jika dibanding kan dengan profesor di Indonesia, Thailand, Filipina, Malah gaji kakitangan kerajaan Mesir yang dibangga dengan Arab Spring pun gaji mereka jauh lebih rendah dari kita.

Apa lagi yang tak betul dalam kerajaan?

http://azmykelanajaya.blogspot.com/2012/11/foto-setelah-kenyang-makan-gaji-besar.html

Ulasan

  1. Sebab tu muda mudi kita semua sekarang ramai yang tak tahu nak bersyukur dan berterima kasih pada orang tua2 sebab MAHA GURU contoh ramai sangat. Orang Melayu memang banyak masalah. Tapi mereka masih tak sedar..

    BalasPadam
  2. Memang patutlah kalau DAP perintah negara perkara pertama akan di buat ialah kurangkan kakitangan awam. Kakitangan kerajaan yang bertindak sebagai cacing parasit yang memamah tubuh badan kerajaan.

    BalasPadam
  3. Potongan berita;"....penyertannya ke dalam Pas kerana minatnya dalam agama...". Jadinya sebelum ini tak ada minat dalam agama tapi hanya nak cari duit dan tunggu sampai dapat pencen seumur hidup lah?
    Adakah halal pendapatan kita dengan perkhidmatan yang tentunya pura-pura? Sekadar beretorik.

    BalasPadam
  4. PAS pecah kan org Malayoo DAP berpeluk tubuh sambil tersenyum dan tunggu masa malayoo hancur

    BalasPadam
  5. Masalahnya yang masuk PAS bukan orang-orang pencen gomen je... yang tak kerja gomen pun ramai yang masuk... malah ada di kalangan mereka adalah muda-muda dari belasan tahun... sampai borang permohonan dah nak kena cetak semula.

    Ni baru lepas tadi keluar berita TV3, UMNO kena doa dengan PAS di stadium Kelantan sebab zalim sangat... dah ada beberapa ahli UMNO siap minta borang masuk PAS... apa cerita ni???? Makna depa tu tau UMNO memang zalim.

    BalasPadam
  6. Itoler ureng kirena Milayo koreng and tedak birepa pindei cikap bihesa Milayo pigewai tinggi kirejaan simesa mekan gaji sudah sukung pimbekang. Mireka ini maken gaji hiram, baper bagi mekan titepi sumpah seme baper sndri. Kite ader itu ingat itu ketue sudah buate simbihyang ajet mintak Mahater and Aminu matik, tapi dia sndri sudeh mati.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PAU 1987: Najib Penyelamat Nyawa Politik Dr Mahathir. Tapi kenapa dia bencikan Najib?

#SuaraMerdeka - Kebebasan . Persamaan . Keadilan

*PADA* malam 23 April 1987, kira-kira 30 tahun yang lalu. Satu perhimpunan telah diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Hotel di Jalan Sultan Ismail ini di antara hotel antarabangsa terawal di ibu kota, sekarang sudah pun hilang dari pandangan setelah 'direbahkan' (flattened) untuk dibuat bangunan baru, yang kini dikatakan terbengkalai.
Cukup genting pada masa itu prebutan kuasa antara dua tokoh - Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).
Hotel Hilton menjadi markas jentera kempen Dr Mahathir, manakala Hotel Regent di Jalan Imbi menjadi markas Ku Li.
Perhimpunan Agung UMNO dan pemilihan akan diadakan di PWTC keesokan harinya pada 24 April.
Perhimpunan di Hilton itu diadakan oleh Dr Mahathir bagi mengumpul sokongan. Suasana amat terdesak. Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri terasa amat terancam. Dia cukup tertekan. Dia menghadapi tentangan maha hebat untuk mempertahankan jawatan Presiden. Ku Li bukan c…

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

Mahathir Menangis Di London Kerana Kecewa Karenah Ahli Ahli Parti Bunga

Aidilfitri tahun ini agak berbeza bagi Mahathir. Jauh dia membawa diri ke London. Membawa hati dan perasaan yang kecewa terhadap ahli ahli parti bunga dan rakan rakan barunya dalam Pakatan Harapan. 
Merajuk sungguh. Mahathir merasakan inilah masa terbaik untuk dia meluah rasa hati dan mengubat kecewa bersama keluarganya. Mahathir takut sangat bila RCI Skandal Forex ditubuhkan. Mahathir merasakan masanya mungkin terhad untuk bersama keluarganya lagi. 
Ada yang nampak, Mahathir mengesat air matanya ketika solat hari raya Aidilfitri. Sugul dan termenung jauh memandang ke sejadah. Entah apa yang difikirkan. Namun mereka yang berada di saf belakang jelas nampak kekecewaan Mahathir di pagi raya.  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1543654558988349&substory_index=0&id=697192853634528
Menurut sumber dalaman PPBM, Mahathir sebenarnya sudah mula rasa kecewa dengan ahli-ahli PPBM. Di peringkat atas, Muhyiddin masih berkeras mahu meletakkan orang orangnya di bahagian bahagian tertent…