Sabtu, 17 November 2012

Pas mahu Karpal Sink dipecat dari parti

Kenyataan dari blogger Pas nampaknya panas, mereka mula terasa bahang apabila Karpal Sink tetap dengan pendiriannya menolak HUDUD.

Pas akan menggesa kepimpinan Dap agar memecat Karpal kerana beliau sudah menjadi beban terhadap pakatan haram.

Dalam pada itu Nizar Jamaludin dan Pas Perak sudah menetapkan pendirian untuk bersetuju dan mengundi mana-mana calon bukan Islam dalam PRU 13 asalkan ianya dalam pakatan.. Ini juga bercanggah dengan kempen Nizar Jamaludin di Pasir Panjang dan di Bukit Gantang yang mengeluarkan fatwa bahawa HARAM BAGI ORANG ISLAM MENGUNDI CALON BUKAN ISLAM.

Demi kuasa politik Pas sanggup menukarkan fatwa sesuka hati asalkan dapat menjatuhkan kerajaan yang ada. Dalam Muktamar Pas di Kota Bharu terdapat banyak benda-benda karut yang dilakukan oleh Pas seperti solat hajat untuk menjahanamkan Umno dan BN. Berdoa agar diturunkan bala dan  kalah teruk BN dalam PRU akan datang.

Taipingmali nak ingatkan sesuatu kepada Pas, Ingat balik bala yang turun di Ulu Sungai Bayor Selama Perak. Akibat doa Pas supaya helikopter yang membawa TPM jatuh terhempas, doa dan solat hajat agar ribut meranapkan khemah-khemah dalam majlis perasmian mini RTC di Selama menyebabkan 172 buah rumah orang Pas dipukul ribut.

Hari ini ramai orang Pas yang munafik sudah ramai ditimpa bala bencana. so jangan lah buat hal lagi, sesungguhnya dalam program-program Umno tidak pernah mendoakan bala atau perkara-perkara yang tidak baik untuk Pas.