Ahad, 11 November 2012

Apakah Benar Mat Sabu Antara 10 Pemimpin PAS Yang Terima Dana Bulanan Dari DAP?

Dalam posting lalu, IB bertanya soalan Siapa Pemimpin PAS Yang Setiap Bulan Mendapat Bayaran Tunai Dari … ? Dua hari selepas posting tersebut (pagi ini) IB menerima SMS menyenaraikan 10 nama tersebut.

Tersenarai di atas sekali ialah nama Mat Sabu. Maka IB ingin tahu jika ada sesiapa yang betul-betul maklum.

Menurut suatu khabaran bahawa Mat Sabu menerima setiap bulan sumbangan sebanyak RM15,000 tunai di Pulau Pinang. Biasanya Mat Sabu akan ke Pulau Pinang di awal bulan untuk kutip wang tersebut.

Seorang petugas dikatakan akan menyerah 150 keping wang tunai bernilai RM100 dalam sampul yang mana Mat Sabu terimanya tanpa mengira samada ianya cukup atau tidak.

Dikatakan juga bahawa petugas ini telah diamanahkan oleh majikannya untuk “jaga” keperluan Mat Sabu. Petugas ini turut maklum bahawa ada lagi beberapa rakannya yang ditugaskan untuk menyalurkan dana kepada pemimpin PAS yang lain namun beliau tidak tahu siapa yang “jaga” siapa. Strategi mereka ialah seorang “jaga” seorang pemimpin PAS – supaya maklumat tidak bocor.

Sekian, IB

2 ulasan:

  1. ape betul ker..

    BalasPadam
  2. Klu tak kerna monyet masakan pokok goyang maaaa

    BalasPadam