Sabtu, 10 November 2012

Bukti Sudah Ada, Kenapa Nurul Izzah Masih Berdolak Dalih Ahmad Maslan

Published on Nov 9, 2012 by ThePerakToday
"Bukti transkrip hitam putih ucapan serta video kenyataan menyokong Murtad Nurul Izzah sudah ada, dia nak berdolak dalik apa lagi"

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menggesa supaya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tidak berdolak dalik dalam menangani kontroversi yang dicetuskannya sendiri.

Beliau menambah, pemimpin tertinggi PKR itu sepatutnya sedar bahawa beliau telah melakukan satu kesalahan yang besar dari kenyataan yang seolah-olah menyokong aktiviti kebebasan beragama di negara ini.

Katanya, kenyataan yang telah dikeluarkan Nurul Izzah sebelum ini sudah cukup jelas serta mempunyai pelbagai bukti kukuh.