DAP Tetap Pendirian Mahu Anwar Jadi Calon PM 19/11/2012
DAP kekal dengan pendirian parti itu mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dan bukan Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekiranya Pakatan Rakyat menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.Ahli parlimen Bagan,Lim Guan Eng menegaskan,calon Perdana Menteri jika membentuk Kerajaan Pusat kelak adalah seperti yang telah disepakati oleh Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini iaitu Anwar Ibrahim.