Khamis, 1 November 2012

Gaji kaki tangan awam akan naik lagi

Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.
 
"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaras kan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antara bangsa Melaka (MITC) di Melaka Rabu.
 
Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.
 
Bernama melaporkan beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.
 
Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.
 
"Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.
 
Terdahulu pada majlis tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi anugerah Inovasi Sektor Awam dalam kategori Teknologi Maklumat dan Teknologi ICT manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah  menerima Anugerah dalam kategori Pentadbiran Daerah dan Tanah.
 
Semua pemenang anugerah menerima sebuah Trofi dan juga cek bernilai RM300,000.- 31/10/2012

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 ulasan:

  1. Tolonglah tengok tengokkan masaalah skim yang sama antara hakiki dan KUP menyebabkan kami serba salah untuk membuat arahan dan keputusan kerana bagi mereka adalah taraf yang sama

    BalasPadam
  2. Aku dah betul2 bosan, meluat,menyampah dengar cerita gaji naik niii...Balek2 mintak gaji naik!! Cuba sesekali mintak penjawat awam niii kerja kuat...adakan KPI produktiviti masing-masing...adakan promo mansuh rasuah dan salah guna kuasa!!!Rasional mintak naik gaji mesti bersandarkan kepada produktiviti yang naik juga!!! Jangan nak buat alasan kos of living lerr...barang naik lerrr....Orang lain terpaksa tanggung jugerrr!!! Sikit-sikit gaji naik...elaun naik...tapi kerja banyak lembab!!! Produktiviti rendah....banyak buang masa pejabat!!!

    BalasPadam