Ahad, 18 November 2012

Kapir jadi murtad pulak dah



Nik Aziz pernah mengkafirkan Umno seperti mana yang dilakukan oleh pemimpin Pas zaman dahulu sekitar tahun 50an hingga kini, tetapi bila diasak oleh wartawan Nik Aziz menafikannya

Kini Nik Aziz melabelkan Umno murtad, apa bezanya dengan kafir yang disebutnya dahulu?

Umno dituduh menolak Islam, sedangkan nama Umno itu sendiri menggunakan tulisan yang diambil dari bahasa al-Quran.

Pas satu pun tak guna huruf Quran dan Pas juga adalah ringkasan nama parti dalam bahasa Inggeris.

Bila Umno bina masjid sebagai tanggung jawab terhadap rakyat, Pas kata kerajaan Rusia pun bina masjid.

Umno tolak Islam? Pas simpan duit pun dalam bank islam yang ditubuhkan oleh Umno. Pas akan kata kerajaan England pun buat bank Islam.

Apa yang Umno buat semua tak betul, palsu dan sesat oleh Pas.

Pas parti islam hanya pada nama, amalan Pas adakah bercirikan Islam? Islam kah Pas sehingga sanggup bersekutu dengan Yahudi dan majusi.

Islam kah Pas sekiranya menyokong LGBT dan kebebasan memilih agama untuk orang Melayu.

Dahulu sebelum PRU 12 Pas menggunakan isu agama Islam kononnya perlembagaan persekutuan ciptaan Umno tidak menjaga Islam. Anak-anak boleh memilih agama sendiri setelah berusia 18 tahun. Habis surau dan masjid Tok Guru Pas menjaja cerita bab agama kepada pengikutnya.

Mereka buat-buat lupa perkara utama dalam perlembagaan persekutuan telah tercatat bahawa orang melayu hendaklah beragama Islam.

Yang ini tok guru Pas tak sebut. Tetapi bila Nurul Izzah terang-terang mahukan Orang Melayu bebas memilih agama Pas diam . Pas juga diam bila Nurul menuntut hak bagi LGBT. Pas pada mulanya cuba mempertikai kenyataan Nurul Izzah tetapi kini ternyata majlis ular dalam semak Pas tidak berani mengkritik Nurul Izzah kerana ia melibatkan YB Dr Mujahid Yusoff MP Parit Buntar.

Pas juga engan menghukum Nurul kerana menjaga hati Dap dan takut hilang undi kafir.
Paling teruk dan memalukan dalam Muktamar Pas di Kota Bharu wujud satu petugas yang dipanggil Bilal atau pelaung takebeer. Setiap kali perwakilan habis bercakap pelaung akan memekik "Takebeer".
Walaupun perwakilan tersebut menghentam dan mengkritik kepimpinan Pas.

Takebeer!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.










1 ulasan:

  1. Nik aziz buang tabiat. Doakan supaya beliau sempat bertaubat.

    BalasPadam