Sabtu, 17 November 2012

Kenyataan rasmi MPP UUM ISU: SERANGAN ISRAEL KEATAS GAZA

1)Kami mahasiswa Universiti Utara Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan serta bedilan roket yang dilepaskan oleh Israel terhadap negara Palestin.

2)Serangan ini secara terang mencabul hak kedaulatan negara Palestin.

3)Kami mahasiswa Universiti Utara Malaysia tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa, melahirkan kecaman terhadap kezaliman tentera ZIONIS dalam isu ini.

4)Kami mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan Israel yang telah meragut nyawa orang awam.

5)Kami menyokong penglibatan aktif Malaysia di dalam OIC serta negara ISLAM dan badan dunia lain untuk menzahirkan kecaman terhadap kekejaman ISRAEL.

6)Kami menyeru kesepakatan negara liga Arab, negara ASEAN, serta negara-negara Islam yang lain untuk bersatu padu menzahirkan kecaman terhadap ISRAEL.

7)Kami mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenakan tindakan yang sewajarnya terhadap kebiadapan dan jenayah perang Israel yang dilakukan keatas rakyat Palestin.

Sekian.

Mewakili mahasiswa Universiti Utara Malaysia,
Ku Amirul Faiz Ku Seman
Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar,
Universiti Utara Malaysia


Ku Amirul Faiz Ku Seman

Yang DiPertua,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia

Note: Beranikah Anwar mengutuk serangan Israel terhadap rakyat Palestine , Kita tunggu dan lihat!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.