Langkau ke kandungan utama

Kerajaan Yakin NGO Cina Tidak Sokong Fahaman Ekstrem- Najib

MELAKA, 17 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi berkata kerajaan sentiasa percaya bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina yang pelbagai bukanlah badan yang menyokong fahaman ekstrem atau melampau.

Beliau berkata kepelbagaian NGO Cina yang ditubuhkan sama ada berasaskan nama keluarga, daerah, dialek atau perniagaan sebenarnya menolak fahaman itu namun mengamalkan kesederhanaan sebagai satu penghayatan.

Katanya keyakinan itu berasaskan kepada kepercayaan dan kefahaman confusciusnism yang satu daripada intipati ajaran yang dipegang masyarakat Tiong Hua itu sejak 30,000 tahun lepas ialah kesederhanaan atau `Zhong Yong' yang banyak mempengaruhi kehidupan dan pemikiran masyarakat Cina di negara ini.

"Kesederhanaan bererti kita menolak kefahaman yang ekstrem dan kita maklum bahawa pertubuhan-pertubuhan Cina bukan pelampau, tetapi merupakan badan yang mengamalkan kesederhanaan sebagai satu penghayatan.

"Walau apa pun NGO itu berasas, yang penting bahawa kita semua percaya kita boleh memainkan peranan untuk menentukan usaha untuk melakukan transformasi membawa Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi akan berjaya," katanya ketika berucap merasmikan Pesta Kebudayaan Cina Malaysia (PKCM) ke-29, di Sekolah Menengah Pay Fong, Bandar Melaka di sini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Najib berkata di sebalik pelbagai tanggapan, beliau percaya pertubuhan atau NGO Cina tetap boleh memainkan peranan yang besar dalam membantu usaha kerajaan melakukan transformasi terhadap pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata dasar inklusif dan keadilan sosial yang diterapkan
di dalam pentadbiran kerajaan mampu membawa setiap rakyat merealisasikan keupayaan mereka secara maksimum bagi membantu menjayakan setiap agenda pembangunan yang akhirnya akan melahirkan sebuah negara yang lebih adil dan saksama kepada semua.

Untuk itu, beliau meminta badan atau pertubuhan Cina untuk memainkan peranan membangkitkan kesedaran rakyat berhubung kepentingan meneruskan kesinambungan dalam memilih kerajaan memerintah.

"Rakyat Amerika telah membuat keputusan memilih Presiden Obama kerana mereka percaya bahawa kesinambungan lebih penting daripada keadaan yang tidak menentu.

"… dan saya percaya rakyat Malaysia pun tahu sekiranya kita ingin melihat
Malaysia muncul sebagai negara maju dalam masa tujuh tahun akan datang, amat penting kerajaan yang ada hari ini diberi masa yang secukupnya untuk menunjukkan kebolehan membawa perubahan yang besar pada negara," katanya.

Mengenai kebudayaan Cina, Najib berkata kerajaan sentiasa mengiktiraf dan memelihara warisan kaum itu termasuk mengisytiharkan Gendang 24 Perayaan, Perarakan Tokong Kuni, Tarian Singa Bertiang Tinggi dan 'Penang Char Kue Tiaw' sebagai warisan kebangsaan.

Beliau berkata kebijaksanaan pemimpin terdahulu telah menjadikan kepelbagaian agama, budaya dan kaum di Malaysia sebagai suatu yang istimewa, unik dan tidak menjadi penghalang, sebaliknya dijadikan asas untuk membina sebuah negara bangsa yang banyak membawa pembaharuan dan kejayaan kepada negara kini.

"Kita telah memilih jalan integrasi dan bukan asimilasi sebab itulah kita boleh lihat bagaimana kepelbagaian merupakan satu keistimewaan pada negara yang mana setiap kaum dapat mengekalkan warisan tradisi masing-masing dan boleh menyumbang kepada kejayaan negara," katanya.

Sementara itu, Mohd Ali dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan Persekutuan kerana menyumbangkan RM330,000 bagi menjayakan PKCM, yang bermula sejak 10 Nov lepas dengan objektif untuk memartabat keunikan budaya masyarakat Cina di negara ini.

PKCM merupakan acara tahunan yang dianjurkan secara bergilir di antara
negeri-negeri sejak 1991 dan pesta itu telah menjadi antara program utama di bawah naungan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), sebuah pertubuhan yang menaungi semua 13 Dewan Perhimpunan Cina di Malaysia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

Mahathir Menangis Di London Kerana Kecewa Karenah Ahli Ahli Parti Bunga

Aidilfitri tahun ini agak berbeza bagi Mahathir. Jauh dia membawa diri ke London. Membawa hati dan perasaan yang kecewa terhadap ahli ahli parti bunga dan rakan rakan barunya dalam Pakatan Harapan. 
Merajuk sungguh. Mahathir merasakan inilah masa terbaik untuk dia meluah rasa hati dan mengubat kecewa bersama keluarganya. Mahathir takut sangat bila RCI Skandal Forex ditubuhkan. Mahathir merasakan masanya mungkin terhad untuk bersama keluarganya lagi. 
Ada yang nampak, Mahathir mengesat air matanya ketika solat hari raya Aidilfitri. Sugul dan termenung jauh memandang ke sejadah. Entah apa yang difikirkan. Namun mereka yang berada di saf belakang jelas nampak kekecewaan Mahathir di pagi raya.  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1543654558988349&substory_index=0&id=697192853634528
Menurut sumber dalaman PPBM, Mahathir sebenarnya sudah mula rasa kecewa dengan ahli-ahli PPBM. Di peringkat atas, Muhyiddin masih berkeras mahu meletakkan orang orangnya di bahagian bahagian tertent…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…