Jumaat, 9 November 2012

Kenyataan Sokong Murtad Nurul Izzah Bukanlah Sesuatu Yang Mengejutkan

Published on Nov 7, 2012 by ThePerakToday
"Saya tidak terkejut langsung dengan kenyataan Nurul Izzah yang seolah-olah menyokong aktiviti murtad," kata Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Menurut Shahrizat, pihaknya sebelum ini telah mendapat maklumat bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai itu merupakan salah satu daripada perancangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.

Justeru bagi mengesahkan perkara itu, beliau mendesak supaya Anwar memperjelaskan dakwaan yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat akan memberi kebebasan dalam memilih agama kepada rakyat termasuk orang Melayu.

Katanya lagi, berdasarkan maklumat yang diperoh itu turut menyatakan bahawa Pakatan Rakyat juga akan membenarkan bahagian agama pada sijil kelahiran bayi dikosongkan, bagi membolehkan mereka memilih agama masing-masing apabila berumur 18 tahun.

"Sekiranya mereka (Pakatan Rakyat) menang dalam pilihanraya akan datang maka salah satu langkah yang akan mereka buat ataupun risiko yang akan kita tanggung adalah kebebasan memilih agama.

"Jadi orang Melayu akan diberi pilihan sama ada nak memeluk agama Islam ataupun mereka nak menganut agama lain.

"Sama ada benar atau tidak maklumat yang kami Wanita Umno dapat ini, ia hanya boleh disahkan sendiri oleh Anwar selaku Ketua Pembangkang... jadi kita nak desak Anwar supaya jelaskan," katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan anak Anwar, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk orang Melayu.
Category: