Sabtu, 10 November 2012

MELAYU WAJIP SOKONG PAS !!! FATWA BARU KEEE ???



Saya tertarik dengan gambar pelik ini di mana sepanduk di Simpang 4 Binjai, Kubang Kerian menghala ke Kota Jembal ditulis "Melayu Wajib Sokong PAS".

Saya pun hairan kenapa PAS boleh keluarkan "fatwa" mewajibkan dalam hal mengundi. Perkara hukum ini jangan dibuat main kerana ia berkaitan dengan Mukhallaf itu sendiri sebab kalau seseorang itu mengaji
usul fekah berkenaan bab hukum taklifi diterangkan dalamnya hukum wajib ialah kaedah tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti (jazmun).

Sekiranya tidak dilaksanakan, dia akan berdosa. Jika dilaksanakan mendapat pahala. Contohnya solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan lain-lain. Lagi satu, sejak bila puak-puak ini mementingkan Melayu?

sumber - facebook