Langkau ke kandungan utama

Bgn Serai dan Parit Buntar Perlukan Kerajaan Barisan Nasional




Projek tebatan banjir secara menyeluruh di kawasan Daerah Kerian sudah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat membabitkan peruntukan kerajaan Pusat berjumlah RM350 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM47O juta untuk projek tebatan banjir membabitkan tiga negeri bersempadan iaitu Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

“Ketika ini, projek tebatan banjir di Perak yang membabitkan kos RM350 juta sudah dilaksanakan secara berperingkat dan sebahagian lagi diagihkan untuk projek sama di negeri bersempadan iaitu Kedah dan Pulau Pinang.

“Bagi mengelak masalah berulang lagi di masa depan, kita telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri menyediakan pelan tebatan banjir secara menyeluruh di Daerah Kerian,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pagi Bersama Menteri Besar dan Perasmian Kursus Kepimpinan Pekida negeri Perak di Semanggol, pagi tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata, walaupun banjir masih belum berlaku di daerah berkenaan, kerajaan negeri sudah mengarahkan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) bersiap-sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Persiapan katanya, perlu dilaksanakan di setiap daerah di negeri Perak di mana Pegawai Daerah akan mengetuai jawatankuasa berkenaan.

“Selain menyalurkan keperluan harian seperti makanan dan tilam kepada mangsa banjir, saya juga mengarahkan pihak MKN supaya melihat sama keperluan mangsa selepas banjir surut.

“Kita mahu bantuan dari segenap aspek disalurkan kepada mangsa banjir bukan semata-mata dengan memberi RM100 atau RM200 kepada mangsa banjir,” katanya lagi.

Mengulas banjir di Perak, Zambry berkata, seramai 7O keluarga masih ditempatkan dua pusat pemindahan banjir di Daerah Hilir Perak iaitu di Chikus dan Changkat Jong.

“Kejadian banjir tahun ini bermula di Hilir Perak apabila hujan lebat turun di kawasan berkenaan.

“Kita di pihak kerajaan negeri juga sudah meminta MKN memantau kebajikan mangsa banjir yang terbabit dari hari pertama sehingga ke hari ini,” tambahnya lagi.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

Mahathir Menangis Di London Kerana Kecewa Karenah Ahli Ahli Parti Bunga

Aidilfitri tahun ini agak berbeza bagi Mahathir. Jauh dia membawa diri ke London. Membawa hati dan perasaan yang kecewa terhadap ahli ahli parti bunga dan rakan rakan barunya dalam Pakatan Harapan. 
Merajuk sungguh. Mahathir merasakan inilah masa terbaik untuk dia meluah rasa hati dan mengubat kecewa bersama keluarganya. Mahathir takut sangat bila RCI Skandal Forex ditubuhkan. Mahathir merasakan masanya mungkin terhad untuk bersama keluarganya lagi. 
Ada yang nampak, Mahathir mengesat air matanya ketika solat hari raya Aidilfitri. Sugul dan termenung jauh memandang ke sejadah. Entah apa yang difikirkan. Namun mereka yang berada di saf belakang jelas nampak kekecewaan Mahathir di pagi raya.  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1543654558988349&substory_index=0&id=697192853634528
Menurut sumber dalaman PPBM, Mahathir sebenarnya sudah mula rasa kecewa dengan ahli-ahli PPBM. Di peringkat atas, Muhyiddin masih berkeras mahu meletakkan orang orangnya di bahagian bahagian tertent…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…