Ahad, 18 November 2012

Nurul Izzah belum datang haid lagi.



Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung isu kebebasan memilih agama bagi umat Melayu sebagai tidak berhati-hati dan bersifat “kebudak-budakkan”.

Sehubungan itu beliau tidak mahu membuat sebarang ulasan lanjut kerana:


“Dia cakap itu, bagi saya, saya panggil dia budak-budak lagi. Tidak berhati-hati. Saya tidak mahu komen apa."

Kenyataan Harun ini adalah komen yang paling pedas datang daripada mana-mana pemimpin PAS setakat ini. Sebelum ini kebanyakan mereka jelas cuba menghindar daripada mencetuskan “silang pendapat” dengan PKR berhubung isu berkenaan.

Nurul Izzah ketika menyertai forum anjuran Islamic Rennaisance Front (IRF) dan Gereja Tabernacle di Subang Jaya 3 November lalu menyatakan bahawa setiap insan harus diberi kebebasan memilih agama masing-masing tanpa mengira mereka berpegang kepada ajaran Islam atau tidak.

“Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf..ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum)," katanya ketika menjawab pertanyaan seorang ahli Majlis Peguam, Siti Zubaidah Kassim.