Ahad, 4 November 2012

PAS Kampung Expo 'bertakebeer' selepas subuh

Papan Kenyataan Masjid Kampung Expo penuh dengan risalah propaganda Pas.
Pas Kampung Expo menuduh Umno mencuri lembu tetapi pada hakikat sebenarnya ialah Pas yang mencuri daging lembu Umno.

Ceritanya  lembu siri ke 3 ini ialah telah dimaklumkan oleh seorang penduduk di Taman Bestari berhadapan dengan Pondok Kawalan Keselamatan Gerak Gempur Umno Kamunting Jaya.

Kisah kononnya Umno mencuri lembu pada jam 2.00 pagi sehinggakan Pak Mat Kastam Pencen membuat repot dan kemudiannya mengunakan mimbar masjid selepas selesai solat sunat aidil adha untuk menghentam Umno kononnya telah mencuri lembu milik masjid.

Menurut penduduk orang-orang Pas dari Masjid Kampung Expo telah datang ke pondok kawalan di mana lembu ditambat. kehadiran mereka kebanyakannya ialah orang Pas datang menyembelih lembu dan bergambar dengan berlatar belakang kan bendera Umno yang dililit pada dahan pokok sekitar taman, kononnya ialah untuk mengesahkan bahawa memang sah Umno telah mencuri lembu tersebut.

Pada hal isu lembu telah selesai sebelum subuh lagi Pas Kg Expo sepatutnya tidak boleh menceroboh pondok gerak gempur dan menyembelih lembu tersebut kerana mereka tidak menghantar wakil untuk menerima akad pada hari Khamis sehari sebelum hari raya korban di Ibu Pejabat Polis Taiping.

Lembu tersebut telah diterima oleh Ketua Umno Kg Expo dan kesilapan pemandu lori telah menyerahkan lembu tersebut kepada pihak masjid pada jam 12 malam dan pihak masjid yang terdiri dari orang Pas sepatutnya tidak boleh menerima lembu tersebut kerana mereka secara jelas enggan menerima lembu tersebut sehari pada pagi Khamis.

Yang Berhormat Dato Muhd Zahir Adun Kamunting telah meredakan keadaan dengan menghantar sendiri seekor lagi lembu sebagai ganti kepada lembu yang dikatakan dicuri oleh Umno.

Pihak masjid pula dengan muka tak malu telah menerima lembu tersebut yang diberikan oleh Zahir untuk tujuan korban. 

Oleh itu mereka sepatutnya tidak menunjukkan sikap tamak haloba sehingga pergi ke pondok gerak gempur dan menyembelih lembu tanpa keizinan pihak En Radhi kerana keengganan mereka menerimanya di IPD dan juga kerana Zahir telah mengganti kan dengan lembu baru. 

Ustaz Osman Noh pula telah menjaja cerita Umno mencuri lembu dalam kuliah subuh yang di surau Kg Jana Baru baru-baru ini.

Apa lagi yang boleh kita label kan dengan sikap munafik puak-puak cicak mengkarung ini? 

Paling menjengkelkan ialah selepas solat subuh dan solat sunat ada seekor cicak mengkarung Pas tak fasal-fasal telah melaungkan takebeer seperti mana yang biasa kita dengar setiap kali ceramah Pas.

Jelas menunjukkan bahawa Pas telah memperalatkan masjid dan agama untuk tujuan politik sempit mereka dan memalukan ialah laungan takebeer tersebut tidak mendapat sambutan para jemaah, hanya cicak mengkarung sahaja yang menyambutnya. Kelmarin selepas solat Jumaat , tunggu juga kalau-kalau ada laungan takebeer lagi, tetapi tak kedengaran pun.

Pada solat Jumaat kelmarin tibalah giliran Ustaz Osman Noh membaca khutbah dan seterusnya menjadi iman solat Jumaat.

Bab baca khutbah memang A lah, sebab dia pandai menghentam kerajaan dan berpolitik dalam kutbah tetapi bila menjadi imam , bacaannya mak ai,, hairan macam mana boleh jadi ustaz kagat dan jadi imam. Elok lah duduk rumah saja dan masa lapang pergi belajar taranum. Nak apa lagi, pencen askar dapat RM 1800 setiap bulan ( sekarang mungkin RM 2K) , gaji bini kerja cikgu pun RM 5 ribu lebih....( tunggu rakaman suara beliau mengimamkan solat bunyi macam bangla ).

Memang agak janggal berimamkan beliau kerana sifat beliau yang suka mengadu domba dan membawa cerita-cerita fitnah dan mengubah suai teks khutbah sehingga mengelirukan jemaah dan memutar belit kan fakta menyebabkan tidak khusyuk solat dan akhirnya terpaksa farakah sahaja dan membuat solat zohor 4 rakaat. Tidak sanggup berimamkan seorang yang mempunyai sifat-sifat fasik dan munafik.

Masjid Kampung Expo mestilah bebas daripada agenda politik yang busuk seperti yang dibawa oleh Pas, Nik Aziz sering menyatakan Nabi Muhamad SAW juga berpolitik dalam masjid tetapi politik zaman baginda tidak sama seperti politik yang menyokong iblis dan setan serta menyokong kafir harbi seperti yang dibawa oleh Pas.