Sabtu, 3 November 2012

Sukan Rakyat Belia Proaktif bersama AADK

BATU KURAU 3 Nov. – Pertubuhan Belia Proaktif Kampung Anak Kurau dan lain-lain pertubuhan belia sekitar mukim telah menggunakan cuti hujung minggu ini untuk beriadah secara sihat dengan mengadakan sukan rakyat di padang sekolah SK. Sri Kurau, 12 km dari Batu Kurau.

Acara yang dijalankan ialah pertandingan sepak raga, futsal kampung dan tarik tali, kesemua peserta dikehendaki memakai kain sarung pelikat atau kain batik sepanjang pertandingan dijalankan.

Menurut En Sabri Hashim Pengerusi Belia Proaktif memaklumkan bahawa program ini mendapat sokongan dan pembiayaan daripada pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Larut Matang dan Selama. Pasukan yang menjadi johan menerima hadiah RM 300 dan naib johan RM 200 dan lain-lain hadiah sagu hati, peserta juga diberikan sijil penyertaan oleh Persatuan Belia Daerah.

"Tujuaan aktiviti ini diadakan ialah untuk mengeratkan dan merapatkan hubungan siratul rahim antara belia sekitar dan semua lapisan masyarakat dengan agensi AADK.

"Objektif lain ialah untuk mendidik remaja menjauhi daripada dadah kerana ia merupakan virus yang merbahaya kepada masyarakat. Untuk menangani masalah dan pencegah dadah bukan terletak kepada pihak kerajaan sahaja, kita diperingkat akar umbi juga turut berusaha untuk mencegahnya .

"Tujuan lain ialah untuk membentuk skuad 1 Malaysia bagi memberi kesedaran dan membantu AADK dalam pencegahan dadah.

"Persatuan belia kini aktif dalam usaha memerangi gejala dadah dengan memberi maklumat kepada AADK dan setakat ini 20 penduduk tempatan telah pun ditangkap oleh pihak berkuasa kerana terlibat dengan kegiatan penagihan dadah dalam kawasan." jelas En Sabri Hashim.

 Kesemua peserta dan pegawai AADK telah diraikan dalam majlis penyampai hadiah dan makan tengah hari di Teratak Afrina Resort tidak jauh dari sini.